Seorang mahasiswa Indonesia didakwa secara terbuka memfitnah dan membuat provokasi terhadap Malaysia ketika dia sendiri sedang melanjutkan pelajaran di sebuah universiti terkemuka di negara ini.
Pengguna media sosial menyebarkan tangkap layar sosial media mahasiswa berkenaan – memaparkan hantaran dia yang mengutuk Malaysia dan mengeluarkan kata kurang sopan terhadap universitinya.
Antara hinaannya termasuklah menyebut rakyat Malaysia sebagai “malingsia”, di mana maling bermaksud pencuri.
Dia juga melabel rakyat Malaysia “kaki claim” budaya Indonesia dan mengutuk aplikasi ketinggalan zaman digunakan universiti tempatnya belajar.
Pengguna mendakwa Individu itu belajar di Universiti Teknologi Petronas (UTP).
Selepas pendedahan tersebut dibuat, beberapa pengguna membuat laporan kepada UTP supaya tindakan segera diambil.
Berdasarkan tangkap layar yang dikongsi, pihak UTP telah memberi respons terhadap aduan itu.
Mereka memaklumkan sedang menyiasat perkara tersebut dan akan mengambil tindakan yang sewajarnya.
Sementara itu dalam satu hantaran berasingan, pelajar berkenaan yang didakwa mencetuskan ketegangan antara rakyat Malaysia dan Indonesia telah pun membuat permohonan maaf.
Permohonan maaf itu dikongsi @ianzainal, bagaimanapun tidak diterima ramai.
Ciapan isu tersebut sehingga kini mendapat lebih 820,000 pembaca.
Baca juga: “Aku berniaga guna duit sendiri tau” – Faye Kusairi tetap layan ‘pelanggan’ walaupun kena hina
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio