Pelajar SPM raih 21A 17 tahun lalu sukar dijejak, netizen syak mungkin Azali dah jadi saintis di negara orang

Oleh KIM SYAZIE

Seorang pelajar pintar, Azali Azlan pernah mendapat liputan meluas media sekitar tahun 2007 dek kebijaksanaannya meraih 20A1 dan 1A2 dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Alumni Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Yan, Kedah itu menjadi bualan hangat warga maya di media sosial susulan kehadiran semula seorang lagi pelajar cemerlang, Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal baru-baru ini.

Nik Nur Madihah mendapat 20A iaitu 19A1 dan 1A2 dalam SPM 2008.

Memetik laporan Sinar Bestari, Azli tidak begitu aktif di mana-mana media sosialnya termasuk Facebook dan Instagram.

Hantaran terakhir di Facebook pula berupa ucapan ‘Tahniah’ pada 4 November 2023.

Manakala di Instagram, kali terakhir beliau berkongsi tulisan adalah pada Januari 2022 mengenai koleksi buku yang dibaca iaitu Atomic Habits by James Clear; I Know Why the Caged Bird Sings by Maya Angelou; Caste: The Origins of Our Discontents by Isabel Wilkerson dan Letters from a Stoic by Seneca.

Hasil pembacaan Sinar Bestari di platform media sosial, Azali atau Dr Azali dikatakan berkhidmat sebagai saintis biologi molekular di United Kingdom (UK).

Malah, dia juga didapati menetap di Baltimore, Maryland, Amerika Syarikat berdasarkan maklumat di Facebook.

Apa-apapun, semoga beliau dan keluarga dalam keadaan yang baik-baik sahaja biarpun di mana sahaja dia menetap.

Artikel kali ini, mengimbas kembali tentang kejayaan Azali dalam SPM 2007.

Antara mata pelajaran yang diambil oleh Azali sehingga berjaya mendapat keputusan penuh 20A1 dan 1A2 dalam peperiksaan itu adalah 20A1 Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab Tinggi, Pendidikan Syariah Islamiah, Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah, Biologi, Kimia, Fizik, Matematik Tambahan dan Sejarah.

Seterusnya Geografi, Perdagangan, Ekonomi Asas Matematik Moden, Prinsip Akaun, Sains Asas, Pendidikan Seni, Pendidikan Islam, Tasawwur Islam dan Kesusasteraan Melayu.

Manakala mata pelajaran Bahasa Inggeris untuk Sains dan Teknologi mendapat 1A2.

Baca juga: Nampak macam biasa, rupanya patung mainan kecil ni boleh cecah RM2.4 juta!