Malaysia Dateline

Analisis tiga daripada lima mata pelajaran bidang Bahasa Arab mencatatkan peningkatan bilangan dan peratusan calon yang memperoleh gred Mumtaz Cemerlang hingga gred Maqbul Lulus pada 2016 berbanding 2015

Pelajar tingkatan 3 tak perlu lagi ambil PT3 mulai tahun ini

Kementerian Pendidikan hari ini mengumumkan bahawa Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) secara rasminya dimansuhkan mulai tahun ini.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin berkata pihak kementerian mengambil keputusan untuk tidak lagi menjalankan PT3 bagi pelajar tingkatan tiga.

Bagaimanapun katanya, ia akan digantikan dengan pengukuhan Pentaksiran Berasaskan Sekolah.

“Murid akan ditaksir oleh guru setiap masa menerusi pentaksiran berasaskan sekolah untuk memastikan murid mendapat penguasaan sepenuhnya dalam sesuatu topik yang diajar,” katanya dalam sidang media khas hari ini.

Menurut Radzi, pentaksiran baharu itu nanti akan merangkumi tiga komponen utama iaitu Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dan Pentaksiran Psikometrik (PPsi).