Pelajar UIAM kutuk poster Najib dipasang dalam kampus

Tindakan memasang poster Najib dalam kampous UIAM mendapat bantahan pelajar dan warga kampus yang lain.

Tindakan pihak tertentu memasang poster BN yang bergambarkan Datuk Seri Najib Razak di dalam kampus Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) mendapat bantahan dari pelajar dan warga kampus.

Ia telah menjadi tular dalam media sosial dan hampir kesemuanya memberikan komen negatif terhadap BN.

“Hilang terus mood nak pergi ke kelas melihat (poster) ini… terus rasa nak grad cepat-cepat,” tulis seorang pelajar UIAM, Ridhwan Shahrum.

“Serabutnya tengok muka dia. Eh boleh ke kempen kat dalam kampus ini,” kata rakan pelajar beliau, Azrul Aziz.

Seorang lagi pelajar UIAM juga mengutuk tindakan memasang poster ini di dalam kampus mereka.

“Kat kampus muka mamat ni, kat highway muka dia juga…demmm,” tulis Abu Khuzaifah.

Najib Razak akan mempertahankan kerusinya di Pekan, Pahang dalam pilihan raya kali ini.

CATEGORIES
TAGS