Malaysia Dateline

Pelajar UiTM Sarawak dilarang keluar kampus

Universiti Teknologi Mara Sarawak (UiTM Sarawak) melarang semua pelajarnya untuk keluar sekiranya mereka masih berada di dalam kampus.

Rektor UiTM Sarawak, Profesor Dato Dr. Jamil b. Hj Hamali memberitahu, larangan tersebut adalah selaras dengan keputusan Kementerian Pengajian Tinggi dan Majlis Keselamatan Negara berkenaan dengan Perintah Kawalan Pergerakan.

Jelasnya, semua pelajar UiTM Cawangan Sarawak tidak dibenar meninggalkan kampus dan perlu kekal di dalam kolej kediaman atau rumah sewa atau kediaman peribadi walaupun telah membeli tiket untuk balik.

“Arahan ini adalah selaras dengan keputusan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi dan Majlis Keselamatan Negara berikutan Perintah Kawalan Pergerakan yang bertujuan bagi membendung Penularan wabak Covid-19.

“Arahan ini berkuatkuasa serta-merta sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasakan,” tegas beliau dalam satu kenyataan di Kuching hari ini.

Manakala, dalam kiriman di Facebook rasminya, Dr. Jamil berkata, UiTM Sarawak akan menyediakan makanan tiga kali sehari kepada semua pelajar yang berada di setiap kolej kediaman.

Jelasnya, bekalan makanan tersebut akan diserahkan kepada Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) yang bertugas mulai hari ini sehingga 31 Mac.

Berikut adalah jadual pengagihan makanan untuk pelajar UiTM Sarawak :

8:30 pagi – Makan pagi
12:30 tengahari – Makan tengahari
7:00 malam – Makan malam

Tempat Pengambilan makanan:
Kolej Seri Gading – Kafeteria Blkg Dewan Jubli
Kolej Seri Mulu & Serapi – Dewan Makan Mulu
Kolej Seri Pinang – Medan Selera

MPP yang bertugas untuk pengagihan makanan:
Kampus Samarahan – Ashraaf (012-8341419)
Kampus Samarahan 2 – Danial (019-6986957)

Nama SRK yang bertanggungjawab:
Kolej Seri Mulu – Ustaz Syahiran (013-6060164)
Kolej Seri Serapi – Cik Napsiah Putit (019-4867030)
Kolej Seri Gading – En Sidek (019-8815265)
Kolej Seri Pinang – En Wan Firdaus (012-4124016)