Malaysia Dateline

Pelajar universiti ditipu sindiket penjualan ‘face mask’

Seorang pelajar Universiti kerugian RM780 setelah dipercayai terpedaya dengan sindiket penjualan ‘face mask’ yang tidak wujud semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner, Noorzainy Mohd Noor, mangsa yang berumur 23 tahun tersebut telah melayari laman ‘face book’ dan terlihat satu iklan yang menawarkan penjualan ‘face mask’.

“Setelah menyedari permintaan yang tinggi terhadap ‘face mask’ kebelakangan ini serta tidak dapat membeli keperluan tersebut mangsa telah memilih untuk membeli secara atas talian bagi kegunaan sendiri dan rakan-rakan beliau.

” Pelajar tersebut telah membeli sebanyak 30 kotak yang mengandungi 1500 ‘face mask’ daripada saspek dan membuat transaksi pindahan wang berjumlah RM780 ke akaun saspek setelah dijanjikan akan dihantar dalam tempoh 3 hari.

” Hasil siasatan awal pihak polis mendapati sindiket ini didalangi oleh warga tempatan yang mengambil kesempatan atas keperluan orang ramai,”. ujar beliau.

Tegas Noorzainy lagi, mangsa hanya menyedari ditipu setelah mendapati ada komen pengguna, ‘face book’ lain yang mendakwa, ‘face mask’ yang dibeli dari saspek tidak pernah diterima dan ia juga gagal dihubungi.

Sejajar dengan itu Noorzainy turut berkata kes ini disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Beliau juga menasihatkan orang ramai supaya sentiasa waspada dan pembeli boleh membuat semakan melalui laman web http://ccid.rmp.gov.my/semakmule/