Pelakon dan pelawak veteran Piee  meninggal dunia, dikebumi selepas solat Jumaat

Pelakon dan pelawak veteran Piee meninggal dunia, dikebumi selepas solat Jumaat

Pelakon dan pelawak veteran tanah air Shafiee Jaafar atau lebih dikenali sebagai Piee, 85, akan dikebumikan selepas solat Jumaat hari ini.

Jenazah akan dibawa ke Masjid Teluk Bahang,  sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Teluk Bahang seperti diminta Allahyarham, 

Piee meninggal dunia di rumah anak perempuannya di Teluk Bahang, dekat sini pada pukul 9 malam tadi  kerana sakit tua.

Sahabat akrabnya yang juga penggiat seni, Omar Md Hashim yang mengesahkan perkara itu berkata beliau mengetahui mengenai kematian Piee setelah dimaklumkan oleh anak perempuan Allahyarham yang dikenali sebagai Subariah.

“Anaknya kini sedang menguruskan jenazahnya dan jenazah dijangka akan dikebumikan esok selepas solat Jumaat di Tanah Perkuburan Islam Teluk Bahang,” katanya.

Shapiee dilahirkan pada 9 Jan 1931 dan telah bergiat aktif sebagai pelakon dan pengacara sejak tahun 80-an, selain telah membintangi dalam pelbagai filem tempatan seperti Mami Jarum, Nana Tanjung dan Kongsi.

Sementara itu, Subariah ketika ditemui berkata ayahnya sering memintanya untuk tidak bekerja dan menemaninya di rumah.

Dia yang merupakan anak kelima berkata Allahyarham ditemani anak dan keluarga terdekat semasa menghembuskan nafas terakhir dan ayahnya pergi dengan penuh ketenangan.

“Sebelum ayah meninggal saya ada memberinya air kerana bibirnya sangat kering. Sudah dua tiga hari arwah ayah tidak berselera untuk makan dan tidak boleh bercakap dengan lancar.

Sebagai anak yang paling rapat dengan arwah kehilangan ini amat dirasai namun saya reda dengan pemergiannya,” katanya dalam linangan air mata.

 

TAGS