Malaysia Dateline

Pelakon dibunuh anak lelakinya, dipercayai berabut harta

Seorang wanita dibunuh anak lelakinya kerana pergaduhan yang dipercayai berebut harta, lapor Business Today.

Wanita itu yang juga pelakon televisyen Bollywood dipercayai dipukul dengan teruk menggunakan kayu besbol, selepas bergaduh dengan anak lelakinya yang sebelum ini menetap di Amerika Syarikat (AS).

Veena Kapoor pelakon berusia 74 tahun itu dipercayai dibunuh kerana pergaduhan akibat harta.

Berdasarkan pihak berkuasa anak lelakinya mengaku membunuh ibunya sendiri hanya disebabkan perselisihan faham membabitkan hartanah.

Ekoram ini polis sudah menahan tertuduh, Sachin Kapoor, 43, dan individu yang didakwa bersubahat dengannya, Chhotu, atau nama sebenarnya, Lalu Kumar Mandal, 25.

Selepas membunuh ibunya, Sachin dikatakan membuang mayat Veena ke dalam sungai berhampiran Matheran di daerah Raigad, Mumbai.