Pelakon Khalid Salleh meninggal dunia

Allahyarham Khalid Salleh

Pelakon dan penggiat seni, Khalid Salleh, 70 tahun menghembuskan nafas terakhir di Pusat Perubatan Ampang Puteri, hari ini.

Perkara itu disahkan anak lelaki allahyarham, Israr Khalid ketika dihubungi Astro AWANI.

Sepanjang hayatnya, Allahyarham pernah dinobat sebagai Pelakon Lelaki Terbaik di Festival Filem Asia Pasifik ke 43 di Taipei pada tahun 1998 menerusi filem Jogho.

Allahyarham merupakan pelakon lelaki kedua menerima pengiktirafan itu selepas Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.

Allahyarham juga merupakan penulis buku berjudul Melayu Hilang di Dunia.

Jenazah Allahyarham dijangka akan disolatkan di Masjid Taman Kosan Ampang dan akan dikebumikan selepas magrib di Tanah Perkuburan Taman Kosas malam ini