Malaysia Dateline

Pelakon lelaki ditahan positif dadah

Seorang pelakon lelaki berusia 29 tahun ditahan kerana disyaki terbabit dengan penyalahgunaan dadah dalam satu serbuan di sebuah rumah di Kuala Kangsar, Perak, semalam.

Turut sama ditahan adalah pengarah dan penolong pengarah yang masing-masing berusia 49 dan 47 tahun.

Hasil ujian saringan air kencing yang dijalankan mendapati pelakon dan pengarah itu positif dadah jenis THC atau Tetra Hydrocannibol.

Sementara itu, penolong pengarah pula didapati positif dadah jenis AMP dan methamphetamine.

Ketika serbuan dilakukan kira-kira jam 7.15 pagi oleh Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Kangsar, kesemua mereka berada dalam bilik berasingan.

Ketiga-ketiga mereka dilaporkan disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.