Malaysia Dateline

Pelakon terkenal Bollywood sangat kecewa, tidak tidur sejak anaknya ditahan

Pelakon popular Bollywood Shah Rukh Khan melahirkan rasa kecewa dengan penahanan anak lelakinya Aryan Khan yang didakwa terlibat dalam pengambilan dadah.

Beliau dan isterinya Gouri Khan dilaporkan terlalu gusar sehingga tidak makan dan tidur memikirkan anaknya yang kini dihantar ke Penjara Arthur.

Malah mereka mengelak ditemui media selepas anak mereka, Aryan Khan, ditahan polis minggu lalu.

Memetik rakan baik Shah Rukh yang berkata, pelakon tersebut mengalami tekanan dan tidak tidur mahupun makan sejak penahanan anaknya itu.

“Dia sangat kecewa dan marah. Dia tidak tidur atau makan dan merasakan dirinya tidak berdaya sebagai seorang bapa membantu anaknya itu,” katanya.

Terdahulu, Aryan ditahan bersama tujuh yang lain termasuk dua wanita oleh Narcotics Control Bureau (NCB) di sebuah kapal persiaran di pantai Mumbai Ahad lepas.

Menurut The Times of India, NCB turut merampas 13 gram kokain, 21 gram charas (kanabis pekat), 22 pil methamphetamine, 5 gram dadah jenis mephedrone dan lebih 1.3 juta lakh rupee.

Ketika serbuan, Aryan dilaporkan bersama dua rakannya iaitu pelakon, Arbaz Seth Merchant dan pereka fesyen, Munmun Dhamcecha.

Lima lagi individu yang ditahan terdiri daripada Nupur Satija, Ishmeet Chadha, Mohak Jaiswal, Gomit Chopra dan Vikrant Chhokar.

Selasa lalu, Aryan dihadapkan ke sebuah mahkamah di Mumbai atas dakwaan pengambilan dadah bagaimanapun jaminan Shah Rukh Khan ditolak dan anaknya dihantar ke penjara.