Pelakon veteran Lan Zailan meninggal dunia

Oleh ROSLAN ZAMAN

Pelakon veteran, Lan Zailan sudah meninggal dunia pada usia 66 tahun di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Kuala Lumpur sekitar 4.20 pagi Khamis.

Bh Online melaporkan Lan meninggal dunia akibat mengalami kanser pankreas tahap empat. Perkara tersebut dimaklumkan sendiri oleh oleh isterinya, Ruby Sara Omar, yang berada di sisi pelakon itu bersama anak-anak sewaktu dia menghebuskan nafas terakhir.

Jenazahnya dimandikan sekitar 8 pagi dan akan disolatkan di Masjid As Salam, Puchong Perdana, Selangor untuk disembahyangkan.

Jenazah Lan akan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam USJ 22, Subang Jaya.

baca: “Saya muslim” – Pelakon negara seberang dedah makan daging babi untuk naikkan berat badan