Malaysia Dateline

Pelakon watak Atan & Atok uzur tidak mampu makan dan minum

Pelawak veteran popular, Datuk Jamali Shadat, 78, kini dikhabarkan dalam keadaan yang sangat uzur tidak mampu makan dan minum sejak beberapa hari yang lepas.

Beliau bergantung sepenuhnya pada cecair drip bagi mengelakkan dehidrasi, demikian menurut anaknya Fauzi Jamali yang dikongsi melalui Facebook.

“Sama-sama kita panjatkan doa kepada Ilahi supaya dikurniakan kekuatan dan kembali sihat seperti sedia kala,” pinta anaknya.

Jamali merupakan pelawak veteran tersohor tanah air yang terkenal dengan watak Atan & Atok, dan kini menetap di Pulau Indah, Selangor.

Beliau sangat dikenali dengan lontaran suara kanak-kanak dan kebolehan mengajuk pelbagai bahasa.

Difahamkan beliau berubah sikap sejak pemergian isterinya akibat serangan angin ahmar tiga tahun lalu dan seperti hilang semangat serta banyak mendiamkan diri dan terpaksa bergantung kepada anak, menantu dan cucu untuk menguruskan diri.