Pelaksanaan 10 janji 100 hari PH hampir capai matlamat

Pelaksanaan 10 janji 100 hari PH hampir capai matlamat

Barisan menteri kabinet Pakatan Harapan  yang mahu membawa Malaysia Baharu ke arah lebih baik berbanding pimpinan kerajaan BN.

Sejak kerajaan Pakatan Harapan (PH) menerajui negara pada 10 Mei 2018 lalu sebagai sebuah kerajaan baharu mengantikan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang memerintah negara ini 60 tahun adalah melaksanakan segera manifesto Pakatan Harapan kepada rakyat.

Manifesto yang tercatat di dalam Buku Harapan yang mempunyai lima teras utama yang mana setiap satunya mempunyai langkah spesifik pelaksanaan.

Sejak 10 Mei lalu sehingga 31 Mei 2018 iaitu selama 22 hari pemerintahan PH rakyat dapat melihat pelaksanaan manifesto PH bermula dan sedang digerakkan untuk mencapai matlamat perubahan dilakukan dalam tempoh 100 hari  dengan 10 janji untuk menyelesaikan masalah membelenggu rakyat  dan negara khususnya yang berkaitan beban kos sara hidup rakyat dan hutang negara.

Bermula dengan pembentukan 13 menteri kabinet pelaksanaan 10 janji dalam 100 hari dilakukan secara telus, berhemah, dan drastik yang dilihat sebahagian pihak sesuatu yang mengejutkan dan ada tidak kurang juga bersikap sinikal memperkecilkan usaha ke arah merialisasikan 10 daripada 60 janji yang dilakarkan dalam Buku Harapan sekiranya PH terus diberikan mandat untuk membentuk Malaysia Baharu.

Ini apabila beberapa agensi   pelaksanaan  di bawah Jabatan Perdana Menteri dan beberapa kementerian  dimansuhkan bagi mengurangkan beban hutang negara yang dilaporkan mencecah RM1trillion.

Sehinggalah yang terkini pada 30 Mei kerajaan PH mengumumkan penubuhan Tabung Harapan Malaysia (THM), tidak sampai 24jam diumumkan jumlah kutipan daripada dermawan Malaysia sehingga jam 3 petang semalam (31 Mei) sudah mencecah RM7juta.

THM yang dibentuk oleh kerajaan untuk membolehkan rakyat negara ini turut menyumbang kepada negara.

Dalam tempoh 22 hari itu  dari 10 Mei sehingga 31 Mei 2018, rakyat boleh melihat hampir 50 peratus daripada 10 janji 100 hari PH telah hampir dipenuhi  dan akan direalisasikan oleh kepimpinan kerajaan baharu ini.

Ia boleh diperincikan seperti berikut:

A MANFAAT UNTUK SEMUA RAKYAT
1. Menghapuskan GST dan mengurangkan kos sara hidup denganpelbagai Inisiatif Peduli Rakyat.

Progres : Menteri Kewangan telah mengumumkan Kadar cukai GSTditurunkan dpd 6% kepada 0% berkuatkuasa 1 Jun 2018. Ganti kepada cukai GST ialah SST mulai September 2018. Lain-lain Inisiatif Peduli Rakyat menyusul.

2. Menstabilkan harga minyak dan memperkenalkan semula subsidi petrol secara bersasar.

Progres : PM telah umumkan tiada kenaikan harga minyak meskipunharga pasaran dunia terus meningkat. Harga Ron 95 dan Diesel Kekal, manakala harga Ron 97 diapungkan mengikut harga pasaran.Subsidi Petrol secara bersasar akan diperkenalkan.

B: MANFAAT UNTUK PENEROKA FELDA DAN GENERASI KEDUA FELDA

3. Menghapuskan hutang-hutang tidak wajar yang dipaksa ke ataspeneroka Felda.

Progres : Kajian pelaksanaan sudah bermula.

C: MANFAAT UNTUK SURI RUMAH
4.  Memperkenalkan skim caruman KWSP untuk suri rumah.

Progres : Perbincangan sudah dimulakan. 2% adalah diambil dpd11% Caruman KWSP Suami dan ditambah dengan RM50 dpd Kerajaan Harapan.(11% – 2% = 9% kekal dalam caruman KWSP Suami).

D: MANFAAT UNTUK SEMUA PEKERJA
5. Menyamaratakan gaji minimum seluruh negara dan seterusnyamemulakan proses meningkatkan gaji minimum.

Progres : Kajian pelaksanaan sudah bermula.

E: MANFAAT UNTUK SISWAZAH/ BEKAS PELAJAR IPT
6.Menangguhkan pembayaran balik pinjaman PTPTN kepada semuapeminjam yang mendapat gaji kurang dari RM4000 sebulan danmemansuhkan dasar senarai hitam ke atas peminjam.

Progres : Menteri Pendidikan telah mengumumkan larangan,sekatan dan senarai hitam ke atas para peminjam ditarik balikserta merta. Semua diarahkan mula membayar pinjaman PTPTN apabila gaji mencecah RM4K. Walau bagaimanapun mereka yangterus membuat bayaran adalah dipuji.

E : MANFAAT SELAMATKAN MALAYSIA DARIPADA REGIM KLEPTOKRASI
7. Menubuhkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja ▪1MDB, ▪Felda ▪Mara dan ▪Tabung Haji, serta merombak semula struktur kepimpinan mereka.

Progres : Siasatan sudah bermula terhadap pelbagai SkandalBesar negara. Akan menetapkan tuduhan utk pendakwaan dantindakan2 selanjutnya. Rombakan struktur kepimpinan sedang
berjalan.

F. MANFAAT UNTUK RAKYAT SABAH & SARAWAK
8. Menubuhkan Jawatankuasa Khas Kabinet untuk segera Menyemak dan Melaksanakan Perjanjian Malaysia 1963.

Progres : Kajian pelaksanaan sudah bermula.

G:. MANFAAT UNTUK GOLONGAN B40 (Pendapatan RM3,800 Ke Bawah)
9. Memperkenalkan Skim Peduli Sihat dengan memberi RM500pembiayaan untuk rawatan asas di klinik swasta berdaftar untuk golongan B40.

Progres : Kajian pelaksanaan sudah bermula.

H:  MANFAAT UNTUK MALAYSIA
10. Melancarkan kajian terperinci mengenai projek-projek yang dianugerahkan kepada negara asing.

Progres : Projek HSR dibatalkan dan rundingan sedang dibuat dengan Singapura. Projek ECRL dan Bandar Malaysia sedang dalam kajian terperinci mengenai pelbagai implikasi khususnya kewangan.

 

9.5
OVERALL SCORE
: 9.0
1 user vote x 10.0
CATEGORIES
TAGS