Malaysia Dateline

Pelaksanaan Akta Pembiayaan Politik diletak di bawah pengawasan ERC, kata SPR

Laporan pelaksanaan Akta Pembiayaan Politik diletakkan di bawah pengawasan Jawatankuasa Khas Pembaikan Sistem dan Undang-Undang Pilihan Raya (ERC) yang dipengerusikan Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Azhar Azizan Harun berkata kumpulan bekas penjawat awam (G25) sudah mempunyai laporan yang amat lengkap mengenai pembiayaan politik dan cadangan tersebut telah disampaikan kepada pihak SPR.

“Pihak SPR sedang meneliti laporan tersebut dan juga laporan daripada karajaan lepas.

“Oleh sebab ia merupakan cadangan yang berkaitan dengan pembiayaan politik, ia diletakkan di bawah pengawasan ECR yang diketuai oleh Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman.

“Hal ini kerana ia melibatkan struktur dan dasar manakala SPR hanya melibatkan diri dalam perkara-perkara operasi,” kata Azhar seperi dilapor Astroawani semalam.

Tambahnya, cadangan mengenai Akta Pembiayaan Politik akan dibentangkan kepada Kabinet pada masa hadapan.