Pelaksanaan ECT: Tiada pemberhentian jurutol

Pelaksanaan ECT: Tiada pemberhentian jurutol

Tiada pemberhentian jurutol tetap dilakukan susulan pelaksanaan sistem kutipan tol secara elektronik (ETC) secara berperingkat oleh syarikat konsesi lebuh raya di seluruh negara.

Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata sebaliknya jurutol tetap itu diserapkan di Pusat Khidmat Pelanggan dan Unit Khas yang mengumpulkan data cerapan kutipan tol secara elektronik.

“Pada masa ini, terdapat 4,424 jurutol yang berkhidmat di 30 lebuh raya di seluruh negara. Daripada jumlah itu, seramai 3,114 jurutol merupakan pekerja berstatus tetap.

“Mereka tidak akan diberhentikan berikutan pengenalan ETC sebaliknya akan diserapkan ke unit-unit operasi sokongan lain,” katanya ketika menggulung usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di Dewan Negara  hari ini.

Bagi 1,146 pekerja berstatus kontrak dan 164 pekerja sambilan, status mereka tertakluk kepada tawaran kontrak perjanjian antara pekerja-majikan mengikut Akta Pekerja 1955.

Rosnah berkata sehingga kini, sebanyak 51 plaza tol melaksanakan ETC sepenuhnya bagi mengurangkan masalah kesesakan di plaza-plaza tol.

TAGS

COMMENTS