Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Pelaksanaan perumahan kos rendah di Putrajaya dan Labuan perlu dikaji, kata Menteri Wilayah

Pelaksanaan perumahan kos rendah di Putrajaya dan Labuan perlu dikaji, kata Menteri Wilayah

AKMAL MANAF FOTO : WAN ZAHARI WAN SALLEHJune 11, 2019 1:40 pm




Perumahan Mampu Milik seperti Rumah Peduli perlu dikaji sekiranya ia mahu dilaksanakan di Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Labuan.

Menteri Wilayah, Khalid Abd Samad berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan projek itu boleh dilaksanakan, namun beberapa perkara perlu diperhalusi.

“Untuk menjalankan projek perumahan mampu milik atau rumah murah ini, ia bergantung kepada harga tanah, kesediaan pemaju dan juga pendekatan mengenai subsidi silang.

“Di Labuan, mungkin kita boleh buat, tetapi di sana setakat ini, tiada masalah dengan isu perumahan. Penduduk lebih suka duduk di rumah kampung berbanding rumah kos rendah.

“Di Putrajaya pula, harga tanah agak tinggi, namun semua itu perlu dikaji semula kalau hendak membina rumah kos rendah,” katanya.

Beliau mengulas demikian ketika ditanya mengenai kemungkinan rumah kos rendah seperti Rumah Peduli boleh dilaksanakan di Putrajaya dan Labuan seperti saranan Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengambil contoh kejayaan Program Rumah Peduli ketika lawatan beliau di Melaka semalam.

Ulasan itu dibuat oleh beliau pada sidang media khas mengenai peranan Menteri Wilayah Persekutuan selaku Pengerusi Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP), di YWP, hari ini.

Semalam, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir dalam ucapan Majlis Pelancaran Program Rumah Peduli Negeri Melaka berkata, rumah berharga RM40,00 itu akan memanfaatkan golongan rakyat berpendapatan rendah.

Beliau berkata, penyediaan rumah untuk kategori berkenaan juga selari dengan dasar kerajaan Pakatan Harapan (PH), iaitu membina sebanyak satu juta rumah dalam tempoh 10 tahun.

Mengulas mengenai isu Taman Rimba Kiara, Khalid memaklumkan surat untuk dihantar kepada kabinet sudah disediakan.

“Tetapi surat itu terlebih dahulu perlu dihantar kepada kementerian lain dan juga Pejabat Peguam Negara untuk mendapatkan maklum balas daripada pihak mereka.

“Selepas maklum balas diperolehi, kertas itu akan dipulangkan kepada saya semula. Proses ini dijangka memakan masa kira-kira dua minggu atau sebulan, bergantung kepada kecepatan mereka memberi maklum balas,” katanya.

 

 

 

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Peniaga pisang goreng anggap timbalan menteri “agak kurang sopan”

Annuar sahkan Anwar cukup sokongan jadi PM?

Darurat untuk selamatkan kerajaan yang sudah jatuh?

Rakyat Kelantan bina jambatan guna batang kayu, duit kerajaan negeri beli Mercedes Benz

PENDAPAT: PN bercempera pun salah DAP

Terkini

Pejabat PM sahkan RM35 juta untuk projek bina 3 dewan bukan 1 dewan

Hanipa minta gerai jual burger dibuka hingga jam 12 malam

Vaksin COVID-19: Khairy kecewakan rakyat Malaysia

4,029 kes baru tertinggi direkodkan hari ini

Muhyiddin digesa sahkan kesahihan surat projek bina dewan RM35 juta

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production