Malaysia Dateline

Pelaku perlu diberi hukuman berat, kata Lee Lam Thye

Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Tan Sri Lee Lam Thye berharap mereka yang menyebabkan kematian pegawai bomba Muhammad Adib Mohd Kassim akan diambil tindakan mahkamah dan menerima hukuman berat.

Beliau juga berharap pihak berkuasa akan mempertingkatkan undang-undang sedia ada untuk memastikan kakitangan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) mendapat perlindungan di tempat kerja.

Lee, melalui kenyataan yang dikeluarkan hari ini, menyampaikan ucapan takziah kepada anggota keluarga Adib, serta JBPM.

Adib meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pada jam 9.41 malam semalam.

“Saya ingin menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Muhammad Adib, Ketua Pengarah JBPM Datuk Mohamad Hamdan Wahid dan kakitangan jabatannya kerana kehilangan anggota bomba mereka yang komited dan berdedikasi dalam tugasnya, “katanya.

Pada 27 November, Adib dan anggota bomba lain dari unit Sistem Kecemasan Subang Jaya (EMRS) dikerahkan ke Kuil Sri Maha Mariamman di Subang Jaya untuk memadamkan kebakaran kenderaan semasa rusuhan.

Walau bagaimanapun, Adib diseret keluar dari kenderaan itu dikalangan perusuh.

Dia dikejarkan ke Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC) untuk rawatan dan kemudiannya dipindahkan ke IJN untuk menerima rawatan lanjut.

Keadaannya semakin pulih bagaimanapun semalam ungsi paru-paru Adib telah merosot dan beliau menghembuskan nafas terakhir pada 9.41 malam seperti yang disahkan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin melalui sidang media khasnya malam tadi.