Pelan KL 2020 mula dijual 12 November
Datuk Bandar KL terkni, Datuk Nor Hisham dan Datuk Bandar sebelum ini.

Pelan KL 2020 mula dijual 12 November

Pelan Tempatan Kuala Lumpur 2020 (PTKL2020) yang digezetkan 30 Oktober lepas boleh dibeli mulai 12 November ini di pejabat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Menurut Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Nor Hisham, ia boleh dibeli di Jabatan Perancangan Bandaraya, Tingkat 13, Bangunan DBKL 1, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.

Edisi cetak Bahasa Malaysia dijual dengan harga RM200 manakala edisi Bahasa Inggeris akan dijual dengan harga RM250.

Versi digital pula dijual dengan harga RM150 untuk satu set pelan itu.

PTKL2020 siap pada tahun 2008 lalu tetapi hanya digezetkan pada tahun ini selepas kerajaan bertukar apabila Pakatan Harapan menang dalam PRU 14 lalu.

 

COMMENTS

Wordpress (0)