Malaysia Dateline

Pelancong Wuhan mangsa ke-19 kes positif Covid-19

Seorang pelancong dari Wuhan, China yang merupakan anak kepada kes ke-16 disahkan positif koronavirus (Covid-19).

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memberitahu nasib mangsa ke-19 itu menjadikan jumlah keseluruhan positif wabak Covid-19 di negara ini mencecah 19 kes.

Dalam kenyataannya hari ini, beliau berkata, wanita berusia 39 tersebut kini dirawat di wad isolasi Hospital Kuala Lumpur (HKL).

“Pesakit tersebut sebelum ini diletakkan di bawah Perintah Pengawasan dan Pemantauan oleh pusat kesihatan daerah (PKD) selepas anak dan rakannya (pesakit ke-14) daripada empat individu kumpulan pelancong itu didapati positif pada 5 dan 7 Februari,” jelasnya.

Menurutnya, hasil pemantauan PKD mendapati wanita tersebut menunjukkan gejala demam dan batuk semalam sebelum dirujuk ke hospital.

“Ujian pengesanan dan pengesahan Covid-19 yang dijalankan ke atasnya telah dilaporkan positif pada hari yang sama,” katanya.