Pelanggan AKSB ‘kena lipat’ patut bayar deposit RM400 lebih bukan RM1000, baki pula terus jadi sumbangan

Oleh NASUHA RAHMAN

Seorang pelanggan Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) hari ini mendakwa beliau seolah-olah ‘kena lipat’ apabila membayar deposit air dengan jumlah RM1,000, padahal jumlah yang patut beliau bayar adalah RM400 lebih sahaja.

Pendedahan itu dikongsi melalui Facebook Fatin Mahiran di mana suaminya ke kaunter AKSB untuk menutup akaun kerana mahu menutup kedai.

“Patut la ore maroh sangat ko Air Kelantan.

“Masa nk buka kedai aritu Air Kelantan ambik deposit around RM1k.. amount betul atin x pasti sbb husband atin sattle semua.

“Hari ni kita orang g Air Kelantan nk sattle hal pindah kedai, nk tutup akaun air kelantan kat Tumpat nie.
husband atin masuk dlm, atin tunggu dlm keto.

“Dgn anok anok. sekali husband atin tubik, muko frust campur nk maros.

“Tnya la bakpo?

“Keno lipak ko Air Kelantan kata nyer,” kata Fatin.

Menurusin penjelasan suaminya, Fatin memberitahu deposit betul untuk buka akaun dalam RM300 lebih, kemudian tambah upah tukang pasang dalam RM100 lebih, jumlah kesemua lebih kurang RM440.

Beliau mempersoalkan jumlah RM1,000 yang dibayarnya sebelum ini untuk apa dan macam mana dengan baki lagi RM560?

“Pastu amount hok kita bayar dalam RM1000 tu gpo? Balance RM560 tu sumbangan ko Air Kelantan. Katanya ore kijo kat kaunter tu. Kecek dalam tekok. Muka beruboh kecut perut kato nyo tok laki atin.

“Aishh RM560 tu kalu explain masa awal awal nk bayar haritu mungkin kita dah aware. nie time nk tutup akaun terus jadi sumbangan? Sumbangan tanpa persetujuan ke? ke masuk poket sek awok wahai Air Kelantan.

“Penat arr gini, aku baru niat nk beli cat dengan duit deposit tu,” luahnya.

Rata-rata netizen yang memberi komen agar AKSB memberi penjelasan berhubung masalah ini, dan tidak kurang juga ada yang meminta Fatin untuk membuat laporan kepada SPRM.

Baca juga: Mengejutkan macam mana boleh terjadi?-Doktor tunjuk prosedur buang 23 kanta lekap dalam mata pesakit

baca juga: PH lancar manifesto Khamis depan – Anwar