Pelanggan sempat rakam pekerja diam-diam isi air paip dalam air balang

Oleh KIM SYAZIE

Baru-baru ini tular di media sosial satu video memaparkan gerai air balang yang menggunakan air paip belum dimasak, untuk dicampurkan dalam air jualannya.

Menerusi video yang tular di TikTok, dapat dilihat beberapa deretan air balang masih sedang dalam proses bancuhan dan belum lagi diisi air masak.

Pekerja kedai berkenaan dilihat meletakkan bancuhan perisa, diikuti ais dan kemudian mengambil sesuatu dari bawah meja yang tertutup dengan alas.

Tidak lama kemudian, jelas terlihat pekerja yang mengenakan tshirt berwarna kuning itu menarik paip air dan memasukkannya ke dalam balang sebelum menggaul rata dengan air bancuhan.

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku sewaktu berlangsungnya Festival Makanan Kuching di Sarawak yang diadakan bermula hujung Julai lalu.

Perbuatan pekerja yang tidak beramanah itu sempat dirakam seorang pelanggan secara senyap-senyap.

https://www.tiktok.com/@monkeykingasia/video/7128209447570246939

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata pengguna meluahkan rasa geram dengan perbuatan tersebut kerana mendakwa ramai peniaga yang tidak bertanggungjawab dan selalu berbuat demikian.

Mereka berkata, peniaga-peniaga di pasar malam juga menggunakan air paip dalam jualannya. Ramai juga memberitahu, para katering makanan juga tidak terlepas dari perbuatan itu lebih-lebih lagi ketika kenduri kahwin.

“Senang je nak tahu kalau air tu air paip atau air yang dimasak. Kalau minum rasa tajam tu air paip. Kalau rasa lemak-lemak tu air masak,” kata pengguna TikTok.

“Ini lah kenapa ayah saya tak pernah bagi kami beli air minuman sejuk dari kedai atau gerai tepi jalan,” tulis pengguna lain.

“Punca sakit perut. Aduh, kena berhenti beli air balang nampaknya,” kata pengguna lain pula.

Baca juga: “Kepada rider yang perkecil usaha mogok kami, tak apa terima kasih”, rider luah kekecewaan

Baca juga: Sebak lihat kesepakatan 7 beradik jaga ibu tiri tengah nazak, “mak sangat baik walau kami bukan anak dia”

Baca juga: Suka hati je nak undur sebab terlepas simpang, lelaki bengang hon kenderaan sampai jalan