Pelanggan suruh tambah macam-macam, bila kena bayar extra 50 sen terus tak jadi beli

Oleh KIM SYAZIE

Ragam pembeli ini sukar dibaca apatah lagi jenis yang suka tambah macam-macam tapi tak mahu bayar caj ‘extra’ untuknya.

Seorang penjual memuat naik video di TikTok, @nisya126, mengenai ragam seorang pembeli nasi lemaknya.

Video tersebut menunjukkan pelanggan tersebut meminta untuk lebihkan telur, kacang bilis dan sambal.

Namun selepas diminta untuk membayar RM2.50, pembeli mempersoal mengapa harganya tidak kekal pada RM2.00 sahaja.

Caj 50 sen boleh dikira sebagai murah kalau mahu dibandingkan dengan segala tambahan yang diminta pelanggan tersebut.

Rata-rata warganet mempersoal adakah ia lakonan semula namun bersetuju mengenai perangai pelanggan tersebut.

“Memang betul ada pelanggan begini, dia ingat ikan bilis, kacang dan telur ambil tepi rumah dia kot,” komen Efa Basarudin.

“Ada juga yang macam ini, tambah banyak benda tapi bila nak bayar buat-buat terkejut. Aduh,” tambah pengguna TikTok.

“Aku paling-paling sambal je minta lebih. Kalau orang tu (penjual) suruh bayar lebih, aku bayar je. Tak ada masa nak gaduh sebab RM2, RM3 sahaja,” ujar Ikhwan.

Baca juga: Pemuda Pas pertahan duit raya RM10,000 kepada Ahli Lembaga AKBS, dakwa bonus setimpal dengan kerja