Seorang pelanggan mendakwa termakan beberapa potong kuku yang terdapat dalam makanan dipesannya di sebuah kedai di ibu negara
Menurut perkongsian seorang pengguna Twitter, dia dan ibunya yang ketika itu sedang makan tengah hari tidak perasan akan kuku yang berada di dalam makanannya.
Namun ketika sudah pun separuh makanan dihabiskan, baru ibunya terperasan beberapa kuku yang ada pada nasi.
Namun tambah menjijikkan apabila ada enam potong kuku di dalam pinggan itu. Bahkan ibunya juga termakan dua kuku yang berada di dalam pinggannya.
“Separuh jalan ketika sedang menikmati makan tengah hari, ibu saya terjumpa bukan hanya satu, tetapi enam potong kuku di dalam nasinya.
“Ibu dah kunyah dua daripada kuku itu. Tak tahu nak cakap apa,” ciap @aliailysha.
Difahamkan lokasi kedai berkenaan terletak di Taman Tun Dr Ismail (TTDI).
Menjengah ke ruangan komen, ada beberapa netizen mengaitkan dengan isu sebuah kedai makanan ala barat yang viral kerana “special ingredients” dalam masakan.
Mereka juga mengecam kedai berkenaan kerana amat pengotor dan tidak menjaga kebersihan makanan yang disediakan.
Baca juga: Selepas viral Akka nasi lemak akui dirinya mendapat kecaman, hinaan dan gangguan