Seorang pelanggan terkejut apabila sebuah restoran di Singapura dikatakan mengenakan caj sebanyak S$1 atau RM3.48 untuk sepiring kecil cili potong.
Menerusi perkongsian di Facebook, individu itu mendakwa caj S$1 tidak termasuk cukai barang dan perkhidmatan (GST) dan yuran perkhidmatan.
Wanita itu juga mendakwa bahawa semuanya adalah mengenai wang di Singapura.
Pelanggan itu berkata, dia tidak pernah dikenakan caj sedemikian kecuali di sebuah kedai makan di lapangan terbang Hong Kong.
Menurutnya, dia boleh membeli sebungkus cili dari pasar raya pada harga lebih murah
Sementara itu lapor portal berita MSNews, pengurus restoran terbabit mengaitkan caj tersebut disebabkan oleh kenaikan harga barang selain menambah, proses memotong cili juga adalah rumit.
Baca juga: Baru tahu ada petua elak nasi cepat basi, hanya perlu ikut langkah bakar periuk ini!