Malaysia Dateline

Pelanggan terpaksa bayar mi sup RM60 semangkuk, anggap alasan tuan kedai macam menipu

Seorang pelanggan di sebuah kedai di Sibu terkejut kerana terpaksa membayar RM60 untuk harga semangkuk mi sup ikan.

Alasan yang diberikan tuan kedai pula kerana ikan patin yang digunakan di dalam sup berkenaan adalah ikan patin berharga RM190 per kilogram.

Menurut pelanggan tersebut, dia berasa terkejut apabila dimaklumkan harga makanan berkenaan ketika ingin membuat pembayaran di kaunter.

Kemudian, dia memeriksa semula resit yang diberikan serta menanyakan kepada peniaga soal harga makanan yang terlalu mahal.

Pelanggan terpaksa bayar mi sup RM60 semangkuk, anggap alasan tuan kedai macam menipu
Ikan patin yang dibuat sup berharga RM190 sekilogram

Tuan kedai memberi alasan harga mi sup tersebut memang agak mahal kerana kualiti ikan yang digunakan dan mempersoalkan mengapa pelanggannya itu tidak bertanyakan soal harga pada awalnya

Sehubungan itu, Fazrina terpaksa menerima harga tersebut walaupun baginya alasan yang diberikan peniaga kurang relevan.

Beliau mengaku silapnya kerana tidak bertanya terlebih dahulu mengenai harga hidangan itu sebelum membuat pesanan.

Insiden yang dikongsikan itu telah menerima pelbagai reaksi daripada orang ramai yang rata-ratanya menganggap peniaga tersebut mengambil kesempatan mengenakan harga yang mahal kepada pelanggannya.

“Macam tipu sahaja, jarang la peniaga nak guna ikan patin mahal untuk berniaga, bukan seekor pun dalam mi sup tu, harga semangkuk macam untuk makan lima orang, sebab itu penting untuk peniaga sediakan buku menu kepada pelanggan bagi semak harga sebelum pesan makanan,” luah Fazrina di petik Kosmo.

“Apa maksud peniaga itu pelanggan tak tanya harga dulu, bukan mereka yang patut sediakan harga hidangan untuk dilihat pelanggan, kiranya kalau pelanggan tidak bertanya, peniaga boleh sesuka hati kenakan harga yang mahal,” komen seorang pengguna lain.