Pelantikan 10 menteri kabinet dipercepatkan

Pelantikan 10 menteri kabinet dipercepatkan

Kerajaan akan mempercepatkan pelantikan 10 menteri Kabinet bagi membolehkan majlis angkat sumpah dan persidangan Dewan Rakyat diadakan secepat mungkin, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu berkata fasa pertama penubuhan kerajaan melibatkan pelantikan 10 menteri Kabinet diharap dapat diumumkan pada minggu ini supaya tugas kerajaan boleh dijalankan termasuk mengadakan mesyuarat Kabinet.

“Kerajaan boleh mengadakan mesyuarat Kabinet dengan 10 orang ini sahaja sementara kita isi 15 tempat lagi supaya kita dapat Kabinet penuh melibatkan 25 kementerian.

“Oleh kerana kita akan memakan masa, ada keperluan untuk kita mengadakan mesyuarat Parlimen secepat mungkin maka kita akan cuba percepatkan proses persidangan Dewan Rakyat dan angkat sumpah,” katanya pada sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana, di Putrajaya, hari ini.

Dr Mahathir berkata usaha mempercepatkan proses pelantikan menteri Kabinet itu juga penting bagi membolehkan kajian berkenaan undang-undang yang perlu dimansuhkan dan perkara berkaitan polisi kerajaan sedia ada dapat dijalankan secepat mungkin.

8.0
OVERALL SCORE
: 8.0
Have no any user vote