Malaysia Dateline

Dr Naim boleh meminimakan serangan ke atas pentadbiran Islam, kata bekas Menteri Agama

Perlantikan Ketua Hakim Mahkamah Syariah Dr Mohd Naim sebagai Menteri Agama akan meminimakan serangan politik ke atas pentadbiran islam di Malaysia.

Naib Presiden AMANAH, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa berpendapat, Dr Naim adalah seorang yang bebas politik kepartian serta ahli akademik yang kemudiannya berkhidmat dalam bidang kehakiman syariah.

Malah kata Mujahid, semasa beliau memegang amanah sebagai Menteri Agama (2018-2020) ia telah melantik Dr Mohd Naim mengetuai Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia dan ternyata banyak reformasi perundangan syariah peringkat Persekutuan dibawah beliau.

“Beliau memfokuskan reformasi perundangan Islam seperti penyelarasan undang-undang syariah, pembentukan Mahkamah Hadhanah, penguatkuasaan keputusan Mahkamah Syariah khusus kepada isu nafkah, peningkatan kualiti kehakiman syarie, Akta Profesion Guaman Syarie dan pelantikan Hakim Syarie secara bermerit.

“Antara reformasi perundangan syariah besar yang ditugaskan kepada beliau dan sektor perundangan JAKIM ialah menambahkan nilai reformatif atau rehabilatatif dalam hukuman syariah yang hanya memperuntukan aspek punitif semata-mata.

” Kini beliau terpaksa memikul tugas mencabar dalam mengendalikan hampir 17 agensi di bawah Hal Ehwal Islam Persekutuan termasuk Halal, Tabung Haji, Jawhar, Yayasan Taqwa, TV Hijrah dan pelbagai lagi sektor dalam JAKIM yang hampir merupakan sebuah institusi Kementerian Islam yang menjadi tulang belakang Menteri Agama,” ujar Mujahid melalui pautan facebooknya.

Kata beliau lagi, cabaran kini ialah melihat secara lebih makro keseluruhan agensi dan bukan lagi secara mikro serta mengharapkan dasar Gagasan Negara Rahmah yang tertangguh perlaksanaan sepenuhnya dapat diteruskan kerana semua ‘blue print’ telah tersedia untuk dilaksanakan.

Selain itu saran Mujahid, Dasar Rahmatan Lil Alamin perlu menjadi bukti kejayaan Islam di Malaysia kepada mata dunia.

Pelantikan Menteri Agama yang baru, Datuk Dr Mohd Naim dapat meminimakan serangan politik. keatas pentadbiran Islam di peringkat Persekutuan.

Dari kacamata Naib Presiden AMANAH, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa beliau mendapati Dr Mohd Naim adalah seorang yang bebas politik kepartian serta ahli akademik yang kemudiannya berkhidmat dalam bidang kehakiman syariah.

Malah kata Mujahid, semasa beliau memegang amanah sebagai Menteri Agama (2018-2020) ia telah melantik Dr Mohd Naim mengetuai Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia dan ternyata banyak reformasi perundangan syariah peringkat Persekutuan dibawah beliau.

“Beliau memfokuskan reformasi perundangan Islam seperti penyelarasan undang-undang syariah, pembentukan Mahkamah Hadhanah, penguatkuasaan keputusan Mahkamah Syariah khusus kepada isu nafkah, peningkatan kualiti kehakiman syarie, Akta Profesion Guaman Syarie dan pelantikan Hakim Syarie secara bermerit.

“Antara reformasi perundangan syariah besar yang ditugaskan kepada beliau dan sektor perundangan JAKIM ialah menambahkan nilai reformatif atau rehabilatatif dalam hukuman syariah yang hanya memperuntukan aspek punitif semata-mata.

” Kini beliau terpaksa memikul tugas mencabar dalam mengendalikan hampir 17 agensi di bawah Hal Ehwal Islam Persekutuan termasuk Halal, Tabung Haji, Jawhar, Yayasan Taqwa, TV Hijrah dan pelbagai lagi sektor dalam JAKIM yang hampir merupakan sebuah institusi Kementerian Islam yang menjadi tulang belakang Menteri Agama,” ujar Mujahid melalui pautan facebooknya.

Kata beliau lagi, cabaran kini ialah melihat secara lebih makro keseluruhan agensi dan bukan lagi secara mikro serta mengharapkan dasar Gagasan Negara Rahmah yang tertangguh perlaksanaan sepenuhnya dapat diteruskan kerana semua ‘blue print’ telah tersedia untuk dilaksanakan.

Selain itu saran Mujahid, Dasar Rahmatan Lil Alamin perlu menjadi bukti kejayaan Islam di Malaysia kepada mata dunia.

Baca juga: Kabinet perpaduan dalam cabaran