Pelantikan Menteri Besar Johor yang baharu, esok

Pelantikan Menteri Besar Johor yang baharu, esok

Sultan Johor Ibrahim Ibrahim Sultan Iskandar berkenan untuk melantik Menteri Besar Johor yang baru pagi esok pada jam 9.30 pagi di Balai Mengadap Istana Bukit Serene.

Sultan Ibrahim telah berkenan menerima peletakan jawatan Datuk Osman Sapian sebagai Menteri Besar Johor pada hari ini, jam 10.00 pagi tadi di Istana Pasir Pelangi.

Di dalam satu kenyataan hari ini Setiausaha Kerajaan Johor Datuk Azmi Rohani berkata, Sultan Ibrahim juga berkenan untuk melantik Menteri Besar Johor yang baharu dan istiadat Penyerahan Surat Tauliah dan Pengisytiharan Pelantikan Menteri Besar akann diadakan esok.