Pelantikan Mohamed Ariff kerana ilmu dan pengalaman, kata Ahli Dewan Negara

Datuk Mohd Ariff Yusuff (tengah) bersama sebahagian Anggota Dewan Rakyat  dari Pakatan Harapan bergambar kenangan selepas Majlis Angkat Sumpah yang diadakan di Parlimen semalam.

Pemilihan Datuk Mohamad Ariff Md Yusof sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat adalah langkah tepat memandangkan beliau memiliki ilmu dan pengalaman yang luas.

Ahli Dewan Negara Perak, Datuk Seri Mohd Annuar Zaini berkata sebagai sebuah badan yang bertindak meluluskan undang-undang, Dewan Rakyat memerlukan speaker yang berupaya memandu perjalanan sesuatu perbahasan secara berhemah, bijak menilai dan tidak terburu-buru dalam membuat keputusan.

Datuk Mohd Annuar Zaini

“Kalau nak yang terbaik, kena cari yang terbaik. Kalau dalam bola sepak, kita letakkan pengadil kelas ketiga untuk mengadili perlawanan akhir Piala Dunia, peranannya tidak cukup tinggi walaupun dia ada ilmu.

“Apa jua undang-undang yang hendak diluluskan akan memberi implikasi kepada rakyat, maka seseorang speaker perlu meneliti rang undang-undang yang akan dibentang serta boleh memberi nasihat bagaimana untuk memantapkan undang-undang itu,” katanya dalam rancangan temu bual terbitan Astro Awani hari ini.

Mohamad Ariff, 69, diumumkan sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat yang kesembilan pada mesyuarat pertama Parlimen ke-14 semalam.

Beliau yang merupakan hakim Mahkamah Rayuan sebelum bersara pada 2015, terkenal dengan penghakimannya yang adil dan tidak memihak antaranya seperti krisis perlembagaan negeri Perak pada 2009 dan kontroversi berhubung kematian pembantu politik DAP, Teoh Beng Hock ketika disoal siasat oleh Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia.

10.0
OVERALL SCORE
: 10.0
1 user vote x 10.0
CATEGORIES
TAGS