Pelantikan Shamsiah bantu pulihkan keyakinan pasaran, lapor media asing

Pelantikan Shamsiah bantu pulihkan keyakinan pasaran, lapor media asing

Penganalisis ekonomi berpandangan, pelantikan Nor Shamsiah Mohamad Yunus sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia yang baharu bakal membawa impak yang positif pada pasaran.

Mereka berkata, matlamat jangka pendek Shamsiah berkemungkinan untuk memulihkan keyakinan pada pasaran, yang jatuh teruk kebelakangan ini berikutan pelabur bimbang terhadap arah tuju politik Malaysia melibatkan dana.

Irivi Seah, ahli ekonomi di DBS Group di Singapura memberitahu Bloomberg News, “Shamsiah bukanlah orang baharu dalam industri, justeru berhubung polisi kewangan, ia berada dalam kawalan orang yang betul”.

Shamsiah yang dilantik Jumaat lalu, kembali ke Bank Negara selepas hampir dua tahun meninggalkan jawatannya sebagai timbalan gabenor di bank pusat itu.

Beliau adalah antara pegawai yang terlibat menyiasat skandal mega 1MDB yang membantu menumbangkan rejim yang dipenuhi kegiatan rasuah pimpinan Najib Razak.

Gabenor sebelum ini, Muhammad Ibrahim meletakkan jawatan bulan ini selepas muncul dakwaan institusi berkenaan membantu rejim Najib Razak melalui pembelian tanah bagi menampung hutang yang ditanggung 1MDB.

6.0
OVERALL SCORE
: 6.0
Have no any user vote
CATEGORIES
TAGS