Pelarian Rohingya ‘takut’ dengan rancangan bawa pulang kerajaan Myanmar

Pelarian Rohingya ‘takut’ dengan rancangan bawa pulang kerajaan Myanmar

Sekumpulan 42 agensi pemberi bantuan berkata, rancangan membawa pulang pelarian Rohingya ke Myanmar sebagai ‘pramatang’ dan ‘berbahaya’.

Rancangan untuk mula membawa pulang ratusan ribu pelarian Rohingya kembali ke Myanmar adalah pramatang dan ia ‘menakutkan’ pelarian yang berada di Bangladesh, menurut agensi-agensi pemberi bantuan di sana, lapor Aljazeera.

Kata laporan itu, mereka takut apabila memikirkan apa yang akan terjadi sekiranya mereka dibawa pulang ke Myanmar sekarang, lebih-lebih lagi tidak banyak maklumat yang mereka terima mengenai hal tersebut.

Mereka lari ke Bangladesh untuk mendapatkan perlindungan dan mereka sangat bersyukur kerana kerajaan Bangladesh memberikan mereka perlindungan, tambah laporan itu.

Oxfam, World Vision dan Save The Children adalah antara kumpulan yang memberikan khidmat di Myanmar dan Bangladesh yang mendatangani kenyataan ini.

Terdahulu, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata, keadaan di Rakhine di mana penganut-penganut Buddha memprotes rancangan membawa pulang itu, tidak kondusif untuk membawa pelarian tersebut pulang.

Wakil khas PBB menganai hak asasi manusia, Yanghee Lee dilaporkan menyeru supaya “rancangan terburu-buru” itu dihentikan.

Bangladesh dan Myanmar menandatangani perjanjian membawa pulang pelarian dalam bulan November tahun lalu bagi membenarkan perlarian Rohingya pulang tetapi ramai berasa takut kerana tiadanya jaminan mengenai kewarganegaraan dan keselamatan serta kebebasan bergerak.

COMMENTS