Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Pelawa iPhone bertapak di Malaysia contoh penekanan terhadap reformasi ekonomi

Pelawa iPhone bertapak di Malaysia contoh penekanan terhadap reformasi ekonomi

Oleh MALAYSIA DATELINEJune 23, 2019 10:29 pm




Majlis Pimpinan Pusat KeADILan hari ini memutuskan akan memberi penekanan terhadap reformasi ekonomi yang membolehkan Malaysia menjadi pusat pemacuan pesat pembangunan ekonomi melalui pelaburan domestik dan asing berkualiti.

“Misalnya dengan mengambil peluang pergolakan pasaran dunia untuk mempelawa iPhone bertapak di Malaysia yang akan memanfaatkan rakyat secara langsung serta menjadikan negara “Harimau Asia” semula,” kata Presiden PKR, Anwar Ibrahim.

Ahli Parlimen Port Dickson dan bakal Perdana Menteri kelapan itu berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Majlis Pimpinan Pusat parti itu di ibu pejabat PKR petang tadi.

Selain itu, pihaknya mengambil maklum kegiatan dan aktiviti parti perlu dipertingkat dan melaksanakan siri lawatan Presiden dan pimpinan ke negeri-negeri, seperti telah dilakukan di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, serta negeri-negeri lain yang bakal menyusul.

“KeADILan berpuas hati dengan rencana transisi Perdana Menteri sepertimana yang termaktub di dalam dokumen Muafakat Pakatan Harapan yang disepakati semua pimpinan utama dan diumum pada 7 Januari 2018 di Konvensyen Pakatan Harapan di IDCC, Selangor.

“Ketetapan ini juga dipertahankan oleh YAB Tun Dr Mahathir Mohamad dan Majlis Presiden Pakatan Harapan sebelum ini,” ujarnya.

Sehubungan itu, kata Anwar lagi, KeADILan menegaskan sokongan terhadap kepimpinan Tun Dr Mahathir untuk meneruskan usaha beliau dan jemaah menteri memacu ekonomi, melaksanakan reformasi institusi dan menjamin keselamatan negara.

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Peniaga pisang goreng anggap timbalan menteri “agak kurang sopan”

Annuar sahkan Anwar cukup sokongan jadi PM?

Darurat untuk selamatkan kerajaan yang sudah jatuh?

Rakyat Kelantan bina jambatan guna batang kayu, duit kerajaan negeri beli Mercedes Benz

PENDAPAT: PN bercempera pun salah DAP

Terkini

Kos RM35.4 juta boleh buat ujian swab lebih 500,000 rakyat Malaysia

Pejabat PM sahkan RM35 juta untuk projek bina 3 dewan bukan 1 dewan

Hanipa minta gerai jual burger dibuka hingga jam 12 malam

Vaksin COVID-19: Khairy kecewakan rakyat Malaysia

4,029 kes baru tertinggi direkodkan hari ini

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production