Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Pelawa Pas sertai PH keputusan tepat, kata Mahfuz

Pelawa Pas sertai PH keputusan tepat, kata Mahfuz

MALAYSIADATELINEJuly 15, 2019 7:00 am




Naib Presiden Parti Amanah Negara, Datuk Mahfuz Omar menyokong penuh tindakan mempelawa ahli-ahli Parlimen daripada Pas untuk menjadi sebahagian daripada komponen Pakatan Harapan (PH).

Jelasnya, perkara itu bukan sahaja dapat mengukuhkan pimpinan PH di peringkat pusat, bahkan dapat menambah bilangan ahli Parlimen Melayu di Dewan Rakyat.

Tambah beliau, pihak Amanah tidak mempunyai sebarang masalah jika Pas bekerjasama dengan PH walaupun pernah bermusuhan ketika pilihan raya umum yang lalu.

Ahli dan pimpinan Pas serta Barisan Nasional (BN) juga disarankan agar tidak terlalu memikirkan mengenai perbezaan politik yang ada sebaliknya fokus untuk berganding bahu dalam menerajui negara ke arah yang lebih baik berbanding pentadbiran terdahulu.

“Tidak ada apa masalah, macam sehari ini kita terima MP Umnoyang menyertai PPBM.

“Kalau Datuk Husam Musa berkata bahawa ahli-ahli Parlimen daripada pembangkang harus menyertai mana-mana parti PH yang ada, tidak ada masalah demi survival masa depan rakyat dan negara.

“Walaupun kita berbeza politik, tapi kita tidak boleh melihat kepentingan politik parti itu sehingga kita menjahanamkan negara.”

Mahfuz berkata demikian ketika ditemui media selepas merasmikan majlis Hari Anugerah Cemerlang Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Syed Omar, di sini, pada Ahad seperti dipetik Astroaswani.

Dalam perkembangan sama, beliau yang juga Timbalan Menteri Sumber Manusia turut menyangkal dakwaan bahawa pelawaan terbabit dibuat selepas parti komponen PH seperti Amanah dan Bersatu tercabar dengan jumlah kerusi ahli Parlimen DAP di Dewan Rakyat ketika ini.

Tegasnya, kesemua parti dalam Pakatan Harapan sentiasa berpegang teguh kepada prinsip matang dalam berpolitik demi membawa Malaysia ke arah yang lebih baik.

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

RM35 juta mungkin dah boleh buat lebih 6 buah masjid, kata DAP

‘Pas ikut sunnah Trump, kalah pilihan raya tapi mahu jadi kerajaan’

Husam potong elaun Senator bermula gaji Januari bantu frontliner

Pemuda Pas jelas tidak menghormati PKP

Covid-19: Tengok orang mati depan mata, pesakit mengelupur bekalan oksigen dibuka

Terkini

Proklamasi Darurat, rakyat dan teori pusaran keheningan

PN guna duit cukai bayar iklan puji diri

Dr Dzul, Saifudin dan Loke wakil PH dalam JK Bebas nilai Darurat

AMK sambut baik pakej rangsangan Kita Selangor

Wajibkan ujian saringan sebelum mahasiswa pulang ke kampus

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production