Malaysia Dateline

Pelawak lagenda Hamid Gurkha meninggal dunia pada umur 90 tahun

Pelakon dan pelawak lagenda, Hamid Gurkha, 90, meninggal dunia pada jam kira-kira 2.11 petang tadi.

Allahyarham dilaporkan menderita penyakit tibi dan beberapa komplikasi lain.

Beliau menghembuskan nafas terakhir di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.

Berita pemergian Hamid atau nama sebenarnya, Abdul Hamid Abdul Rahman disahkan anak bongsunya, Nor Ashita Hamid.

Pelawak yang mula dikenali menerusi filem Panglima Badol pada 1978 pernah dijangkiti Covid-19 pada Mac yang lalu.

Baca juga: Graduan berani buka silat masa ambil skrol cuit hati orang ramai