Pelbagai lapisan masyarakat perlu diberi peluang anggotai Dewan Negeri Belia Johor

Pelbagai lapisan masyarakat perlu diberi peluang anggotai Dewan Negeri Belia Johor

Muhammad Taqiuddin Cheman

Cadangan oleh Speaker Dewan Negeri Johor Suhaizan Kaiat yang mahukan kewujudan sebuah Dewan Negeri Belia disambut baik oleh Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH) Negeri Johor Muhammad Taqiuddin Cheman.

Namun dalam masa yang sama, Taqiuddin yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pulai Sebatang itu berkata, cadangan Speaker Johor itu harus terbuka kepada semua lapisan pemuda.

“Anak muda yang dipilih untuk mewakili suara mereka diambil dari pelbagai lapisan masyarakat bukan sahaja anak muda yang berlatar belakangkan akademik yang berjaya sahaja.

“Anak muda yang berlatar belakangkan kemahiran dan mereka yang fasih dalam bidang marhaen seperti ahli sukan, petani, pekebun, nelayan dan sebagainya perlu diambil kira untuk mewakili suara keseluruhan anak muda.

“Waima mereka yang mengganggur pun perlu diketengahkan bagi melihat apa pandangan mereka untuk menjana pekerjaan di negeri ini,” ujar beliau ketika dihubungi.

Mengulas lebih lanjut berkenaan cadangan tersebut, Taqiuddin menjelaskan ini adalah suatu perubahan yang baik dan dinamik pada masa ini.

“Sebelum ini peluang sebegini tidak mampu dilaksanakan kerana pemerintahan yang ada di negeri ini dilihat menidakkan suara anak muda.

“Ia memberi kesan yang negatif pada pemerintahan sebelum ini dengan anak muda bangkit menolak kepimpinan mereka pada Pilihanraya Umum ke14 (PRU14),” jelas Taqiuddin lagi.

Beliau turut menyenaraikan beberapa perkara berkenaan dengan permasalahan yang dialami oleh anak muda hari ini yang perlu disuarakan kepada pimpinan negeri seperti peluang pekerjaan, kos sara hidup, pemilikkan rumah pertama dan institusi sosial.

Selain itu beliau telah mencadangkan untuk membawa suara ini ke Dewan Negeri Johor yang bakal bersidang tidak lama lagi sebagai menyambut baik hasrat menjadikan anak muda sebagai pemimpin di negeri ini.

Baca: Ahli Dewan Negeri Belia

8.5
OVERALL SCORE
: 8.0
1 user vote x 9.0