Pelbagai pihak bantah GST bergerak menuju ke Dataran Merdeka

Pelbagai pihak bantah GST bergerak menuju ke Dataran Merdeka

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Tapak perhimpunan Mansuh GST yang berlangsung di ibu kota hari ini mula dipenuhi dengan peserta perhimpunan yang datang dari pelbagai parti politik dan NGO.

Mereka mula bergerak dari empat tempat perkumpulan utama iaitu Masjid Jamek Kampung Baru yang dipimpin oleh pasukan Amanah, Jalan Sultan yang dipimpin oleh DAP dan Pasar Seni atau Central Market oleh PKR dan Kompleks Sogo oleh pelbagai NGO.

Pasukan dari Jalan Sultan yang dipimpin oleh DAP mula bergerak dari sana jam 2.18 petang menuju ke Dataran Merdeka dengan didahului oleh kenderaan pacuan empat roda.

Sebelum bergerak mereka membuat pelbagai ucapan yang mengutuk GST di sampimng mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak agar berundur.

Ia selaras dengan kempen Selamatkan Malaysia yang dipimpin oleh Tun Dr Mahathir.

Pasukan Amanah dari Kampung Baru pula bertolak kira-kira jam 2.10 petang. Mereka mula tiba di Jalan Tuanku Abdul Rahman kira-kira jam 2.15 petang ketika cuaca sangat panas di ibu kota kesan dari fenomena El Nino.

Turut serta bersama mereka adalah anak muda dan warga emas yang membantah GST yang didakwa menjadi punci kenaikan harga barangan dan perkhidmatan.

OKU dari Batu Pahat, pemuzik jalanan bercampur baur di Komplek Sogo ketika pasukan pimpinan Amanah dari Kampung Baru sampai ke situ.

Pasukan Arif mengiringi peserta bantahan Mansuh GST dari Amanah.

Polis Dap jalan Sultan

 

TAGS