Malaysia Dateline

‘Pelik bin Ajaib’ Ambiga pula yang nak disiasat, kata Hanipa

Ahli Parlimen Sepang Mohamad Hanipa Maidin meramalkan peguamĀ  yang mewakili Editor Sarawak Report akan memfailkan satu permohonan untuk membatalkan sama Presiden Pas Abdul Hadi Awang.

Beliau berkata, pembatalan saman itu kerana wujudnya satu intimidasi ke atas “potential witness” dan juga berkemungkinan harapan untuk melihat perbicaraan yang adil dapat dijalankan telah terjejas dengan teruk.

“Bagi saya, dua alasan itu adalah alasan yang kukuh untuk batalkan saman,” ujarny dalam kenyataannya hari ini.

Hanipa yang juga seorang peguam berkata, timbul pula persoalan lain. Adakah ini juga satu “perancangan yang disengajakan” bagi mengelakkan kes saman ini dibicarakan, yang mungkin menyaksikan MO1 dan Presiden Pas bakal beraksi di dalam kandang saksi dan berkemungkinan banyak ” benda-benda busuk” mungkin terdedah di seantereo dunia?,soalnya.

“Jadi isunya sekarang.. siapakah yang gelabah sebenarnya?,” soalnya lagi.

Beliau mengulas mengenai laporan Malaysiakini yang melaporkan bahawa Datuk Ambiga sedang disiasat oleh polis berhubung apa yang dipilidkan oleh editor Sarawak Report, Claire Rewcastle-Brown di dalam pernyataan pembelaan Claire ke atas saman Presiden Pas ke atas Claire di London.

“Bagi saya, ini siasatan paling “legendary” lah dalam sejarah perundangan manusia. Dan mungkin, ia hanya boleh berlaku dalam negara ini sahaja kot.

“Saya sengaja guna perkataan”diplidkan” di perenggan 1 di atas kerana itulah istilah undang-undang di negara ini atau di UK. Dalam undang-undang, baik saman atau pernyataan pembelaan seseorang litigan dalam Mahkamah, ia dipanggil “pleading”.

“Setakat yang saya tahu, belum ada lagi di dalam mana-mana sejarah dunia yang bertamadun, mana-mana orang disiasat oleh polis kerana apa yang diplidkan di dalam “Pleading”.Jika ada, ia sama ada perbuatan orang “majnun” atau perbuatan orang sudah hilang kewarasan berfikir. Dan mungkin ia juga sesuai dipanggil perbuatan membuli atau satu intimidasi. Titik.

“Jika dah terlalu gatal dan ketagih sangat nak siasat juga, sepatutnya yang wajar untuk di siasat ialah orang yang berkata iaitu puan Claire dan bukannya siasat orang yang menjadi subjek yang dikata iaitu Datuk Ambiga..baru nampak logik…jika logik masih relevan lah.

“Lagi satu, apa yang diplidkan oleh Claire itu adalah fakta material ( a material fact ) bukan “evidence” dan fakta itu perlu dibuktikan terlebih dahulu di Mahkamah di dalam sessi perbicaraan di London nanti,” ujarnya.

Beliau turut menjelaskan kes ini belum bicara lagi, jadi dari segi perundangan, Datuk Ambiga, sepertimana juga MO1, adalah “potential witness” bagi kes saman itu, terangnya.

“Dengan siasatan polis ke atas Datuk Ambiga , beberapa persoalan timbul.

“Adakah polis di”paksa” atau di”arah” untuk mengganggu proses perbicaraan saman Presiden parti suci tu. Jika ya, siapa yang arah? Jika tidak, takkanlah polis Malaysia terlalu jahil asas perundangan?

“Adakah polis, khususnya IGP, telah bersedia untuk cipta sejarah ..insan pertama untuk diambil tindakan oleh Mahkamah di London kerana mengganggu proses perbicaraan atau menghina Mahkamah di Kota London?,soal Hanipa.

Beliau jua percaya para peguam Claire tak akan duduk diam dengan perkembangan terkini tersebut dan bermungkinan besar akan memfailkan suatu permohonan di Mahkamah di London hasil daripada perkembangan terkini ini.