Malaysia Dateline

Pelik! Kerajaan Terengganu masih takut hadapi suara rakyat selepas 5 tahun memerintah

Agak pelik Kerajaan Terengganu Darul Iman takut hadapi suara rakyat sendiri selepas hampir 5 tahun memerintah.

Sekatan di empat penjuru jalanraya utama di Kuala Terengganu baru baru ini dalam usaha mengagalkan flashmob bantahan kenaikan harga bukan merupakan kali pertama pihak atasan bertindak cuba mengganggu gerakan rakyat.

Beberapa bulan lalu, apabila flashmob diadakan oleh kami, pihak polis telah diarahkan oleh pihak atasan untuk menyaman seorang warga emas yang uzur yang datang dari Dungun kerana kesalahan remeh kecil tidak mengenakan pelitup muka dengan sempurna.

Pihak atasan telah menghantar gambar Pak Din warga emas yang uzur tersebut untuk memastikan pihak polis mengenakan kompaun RM1,500 keatas beliau.

Pak Din yang uzur telah terpaksa datang dari Dungun dan memberi kenyataan di balai Polis Kuala Terengganu pada jam 12 malam.

Terbaharu, apabila kami bersiap sedia mengadakan flashmob di tempat yang sama, walaupun pihak Polis telah bersetuju memberi kami masa 15 minit untuk acara tersebut, tiba tiba 4 jalan raya utama menuju ke tempat tersebut ditutup oleh pihak Polis.

Soalannya kenapa bersetuju beri tempoh 15 minit dan kemudian ditutup setiap penjuru jalan raya tersebut untuk mengagalkan acara?

Jalan ditutup hanya kerana Flashmob tak sampai 15 orang

Tangan tangan ghaib pengecut yang bersembunyi di Wisma Darul Iman nampaknya memainkan peranan kotor mereka sekali lagi.

Tidak ada negeri atau tempat lain di Malaysia saman kompaun dikenakan seperti berlaku kepada warga emas Pak Din atau jalanraya tempat flash mob ditutup. Hanya di Terengganu Darul Iman ia berlaku.

Hanya sehari sebelumnya ratusan penyokong Amanah dan rakyat biasa mengadakan flashmob harga barang naik di Kampong Baru, Kuala Lumpur tampa ganguan atau sekatan Polis.

Kenapa kerajaan Negeri Terengganu takut kepada suara rakyat menzahirkan penderitaan mereka?

Menteri Besar Terengganu sudahlah terkenal menghabiskan sebahagian besar masanya di Kuala Lumpur jauh dari rakyat, sekarang rakyat negeri sendiri disekat bersuara mengikut lunas demokrasi yang di benarkan Islam.

Bukan kah rakyat negeri Terengganu 97% orang Melayu dan Islam yang kerajaan sendiri berjanji akan di bela terutamanya dalam situasi harga barang melambung naik.

“Jihad” memerangi harga barang naik apakah yang Kerajaan maksudkan kalau keluhan rakyat Melayu dan Islam sendiri di tutup mulut dari bersuara? Rakyat hendak bersuara mengadu pun tidak di benarkan.

“Jihad” apa di maksudkan jika wang Royalti minyak yang dirampas semula kerajaan Pusat pada 2021 tidak dibantah oleh kerajaan Terengganu yang membisu kerana takut Menteri Menteri mereka hilang jawatan yang lumayan.

Sekurang kurangnya jika ada wang Royalti minyak, kerajaan Terengganu boleh hulurkan kepada rakyat Terengganu untuk meringankan beban harga barang naik.

Tetapi kedua duanya Royalti tidak di tuntut dan bantuan wang pun tidak di hulur kepada rakyat yang berhadapan harga barang naik.

Ini semua demi menjaga kedudukkan mewah Menteri dan Timbalan Menteri, Senator dan Duta Khas PAS dalam kerajaan Pusat.

Apa juga suara di jalanan yang cuba berkumandang, kerajaan Negeri mengunakan pihak keselamatan Polis untuk mengagalkan suara rakyat dari bergema. Pihak keselamatan di arah dan digunakan untuk bertindak supaya Kerajaan mereka terus kekal berkuasa walaupun tidak membela rakyat seperti sepatutnya.

Di peringkat pusat pula, nasib orang Melayu tanah di ambil kerajaan secara paksa untuk pembangunan swasta di Kampung Baru, Kuala Lumpur pun tidak dibela tetapi di exploitasi pihak kerajaan sendiri untuk keuntungan lumayan pemaju swasta.

Kampung Baru adalah nadi hidup serta roh orang Melayu Islam di tengah tengah Kuala Lumpur.

Kenakanlah kompaun serta saman keatas rakyat kerdil yang lemah seperti Pak Din .

Tutuplah jalan raya mengikut suka nafsu hati kamu untuk menghalang rakyat bersuara.

InsyaAllah Tuhan akan menujukkan Kerajaan yang mendakwa dirinya kerajaan Melayu Islam ini sebenarnya hanya “memperkudakan bangsa Melayu dan bertopengkan Agama Islam”.

Di manakah roh Islam dalam pendekatan kerajaan mengatasi derita rakyat?

Tiada jihad dalam kegagalan tindakan kerajaan mengawal harga barang kerana kamu lebih menjaga kedudukan mewah Menteri kamu dalam kerajaan demi kepentingan diri.

Kerajaan sedang takut pada bayang-bayang sendiri.

Baca juga: Netizen kecam YouTuber buat ‘content’ tarik tudung jatuhkan maruah wanita

Baca juga: Kedai makan pemilik wanita yang tular dipeluk lelaki akan disiasat JHEAT