Malaysia Dateline

Pelik lagi ajaib, PM yang dilantik elak diuji keabsahan di Parlimen

Politik Malaysia kini semakin luar biasa keadaannya kerana lazimnya manifesto piliharaya diumumkan apabila Parlimen telah dibubarkan.

Namun begitu, lebih pelik apabila pertama kali dalam sejarah negara ini, pihak yang menang pilihan raya umum (PRU) dinafikan dengan pembelotan dan pengkhianatan yang luar biasa sehingga menjatuhkan kerajaan dipilih rakyat dalam PRU ke-14 yang lalu.

Malah kata Pengarah Komunikasi AMANAH Pulau Pinang, Dr Zaidi Zakaria, yang teramat luar biasa ialah apabila Perdana Menteri (PM) yang dilantik mengelak untuk diuji keabsahannya di Parlimen.

“Paling amat luar biasa adalah Proklomasi Darurat oleh perdana menteri di bawah Perkara 150 Perlembagaan sekaligus menggantung Parlimen dan kuasanya.

“Di samping iklim politik yang amat luar biasa, prestasi kerajaan turut mengecewakan apabila rakyat semakin tertekan dan bukannya semakin memberi kelegaan. Ekonomi juga terus merudum.

“Ketika ini semakin ramai rakyat yang hilang pekerjaan sehinggakan ramai juruterbang atau pilot menjadi pengusaha warung dan bekerja di gerai makanan.

“Tidak dapat dinafikan lambakan anak muda yang terpaksa menjadi penghantar makanan dan inflasi juga semakin meningkat ekoran keterpaksaan yang harus mereka lalui,” tegas beliau.

Tambahnya ‘desperate measures’ PM adalah Proklomasi Darurat manakala ‘desperate measures’ PH dan pembangkang adalah menawarkan sesuatu yang baru dan segar melalui manifesto PRU ke-15 untuk keluar dari pandemik Covid-19 .

Ini katanya, termasuklah matlamat untuk melaksanakan pelan pemulihan ekonomi dan pendidikan yang benar-benar komprehensif, praktikal dan berkesan yang mampu dilaksanakan dan bukannya retorik meraih undi semata-mata.

Beliau juga berkata, ‘desperate measures’ PH dan pembangkang adalah menawarkan manifesto bagaimana untuk membina semula negara ini dari kelesuan ekoran kelembapan ‘Cabinet Scheme of Things’ dan barang dagangan PH serta pembangkang¬† hari ini adalah tawaran baru yang meyakinkan.

Ujar Zaidi lagi, PH dan pembangkang perlu memulakan ‘Siri Jelajah Mempromosikan Barang Dagangan Baru’¬†dengan sistematik dan berkesan dan tidak perlu lagi menanti laungan pembelot, pengkhianat, kerajaan pintu belakang atau kerajaan tebuk atap kerana ia bukan lagi barang dagangan yang tinggi permintaannya.