Pelik lihat anak asyik pegang leher, mak panik suruh anak cari gunting pun tak jumpa

Oleh MAISARAH AISYA

Pastinya sebagai ibu ini perlu sentiasa bertenang dalam berhadapan situasi yang membabitkan anak yang leka dengan permainan viral.

Baru-baru ini ada kes di mana seorang kanak-kanak berdarah hidung akibat permainan lato-lato.

Permainan yang mempunya dua (ladung) pemberat dan diikat dengan tali, teknik permainan semakin laju ayunan semakin hebat.

Pengguna Facebook, Zulaihah Abd Mutalibb berkongsi rasa panik melihat tali permainan tersebut tersangkut pada anaknya.

Kalau rasa anak tiba-tiba senyap itu segeralah pergi kepada mereka dan lihat mengapa mereka begitu senyap.

Bila disuruh anaknya untuk melihat adik, kakak terus memaklumkan bahawa ada tali tersangkut pada leher adiknya itu.

Tidak menunggu lama, ibunya menyuruh si kakak pergi mencari gunting namun akibat panik dia tidak menjumpainya.

Nasib baik si ibu teringat ada sepit kuku dalam kereta dan itulah alat yang meneyalamatkan anakanya.

“Aku potong tali dan buang terus mainan itu,” katanya dalam hantaran di facebook.

Dia masih lagi berasa marah dengan diri sendiri kerana tidak sedar apa yang berlaku dengan anak-anak apatah lagi bila mengenang kembali peristiwa yang terjadi pada anak lelaki tunggalnya.

Jika rasa sesuatu benda itu membahayakan, maka letakkanlah ia jauh daripada capaian anak-anak agar kes sebegini tidak berlaku.

Baca juga: Presiden Ireland cadang kerja sekolah dimansuhkan, warganet takut pelajar semakin malas