Malaysia Dateline

Pelik sambal belacan ada tekstur pasir, lelaki bengang jumpa kulit kerang hancur

Seorang tukang masak meluahkan rasa marah apabila belacan yang sering digunakan dalam masakan mempunyai tekstur berpasir.

Tidak berpuas hati dengan kualiti sambal belacan yang dihasilkan, lelaki tersebut mencairkan satu paket belacan dan akhirnya menjumpai punca utama rasa pelik itu

Video tersebut dimuat naik di akaun TikTok @nasibanimelayu sudah mendapat tontonan 1.3 juta dan 57,100 tanda suka.

“Hari ini aku betul-betul marah, aku nak tunjuk belacan paling kotor dan tak boleh digunakan.

“Aku buat sambal belacan dah lama tapi akhir-akhir ini rasanya makin pelik, kenapa rasa berpasir walaupun kami basuh semua bahan.

“Lepas belacan sudah cair dan ditapis, munculah kulit kerang. Benda inilah yang penyebab rasa sambal itu berpasir,” katanya dalam video tersebut.

Selepas dibasuh dua tiga kali, makin jelas kelihatan kulit kerang yang sudah hancur dalam tapisan tersebut.

Video tersebut juga dikongsi oleh pemilik Facebook Mukhzanee Muhamad dan mendapat reaksi warganet yang tidak terkejut dengan isi belacan tersebut.

“Ehh baru tahu ke, aku kalau beli barang dan nampak made in Pulau Pinang, memang tak akan beli dan akan lihat dulu kawasan tempat buat.

“Kalau kawasan dekat Pulau Ketam, memang awal lagi tak akan beli,” komen Zakhwan Ikhwan di Facebook.

“Lagi satu kalau beli udang kering, kalau yang dah siap dibungkus dari Kuala Gula, mohon berhati-hati.

“Sebab sebelum ini pernah nampak udang dijemur di tepi jalan dan hanya lapik dengan menggunakan guni sahaja. Pernah Juga nampak anjing jilat serta duduk atas udang kering,” tambah Muhamad Fuad.

Pada masa sama, pemilik jenama belacan tersebut dikatakan sudah menghubungi lelaki itu untuk memohon maaf dan akan melakukan siasatan ke atas belacan mereka.

Dalam mesej yang diterima, pemilik belacan tersebut menjelaskan rasa berpasir itu berpunca daripada kulit udang.

Mesej yang diterima lelaki tersebut mengenai kualiti belacan

Baca juga: Satu Malaysia ’emosi’ dengan Ira dan Syamsul, Kazar pula respon ‘penat dah kena buli’