Pelik tapi benar, pasangan di Indonesia ini jadikan tiket konsert Coldplay sebagai mas kahwin

Oleh KIM SYAZIE

Indonesia sering mengejutkan kita dengan cerita yang aneh-aneh. Terbaru, rakyat Malaysia bingung apabila sepasang pengantin di negara seberang itu menjadikan tiket konsert Coldplay sebagai mas kahwin mereka.

Ia selepas tular satu klip video di media sosial Indonesia, menunjukkan situasi akad nikah sepasang pengantin yang menjadikan tiket konsert Coldplay sebagai mas kahwin, lapor laman berita Liputan 6,

Dalam video itu, seorang pengantin lelaki dilihat berjabat tangan dengan bapa pengantin perempuan dalam satu majlis perkahwinan yang dihadiri ramai tetamu jemputan.

“Saya nikahkan dan kahwinkan kamu dengan anak kandung saya Anastasya Ayu Widiadana dengan mas kahwin 21 gram emas, seperangkat alat solat dan tiket Coldplay dibayar tunai,” kata bapa pengantin perempuan.

“Saya terima nikahnya Anastasya Ayu Widiadana binti Ahmad dengan mas kahwin tersebut tunai,” jawab pengantin lelaki.

Video tersebut mendapat perhatian netizen di ruangan komen.“Ini kalau gagal membeli tiket kelmarin, adakah perkahwinan dibatalkan?” komen seorang netizen.

Ada juga mula memikirkan idea sama, mahu menghadiahkan tiket konsert kepada pasangan masing-masing sebagai mas kahwin.

Baca juga: Guna duit kerajaan, istiadat pemakaman pemimpin ini telan belanja cecah RM911 juta!