“Pelik tengok perempuan bodoh sibuk perhatikan hidup aku” – Abang Tesla marah siapa ni?

Oleh WAN SITI AMINAH

Pempengaruh media sosial, Abang Tesla kembali menjadi sorotan ramai selepas meluahkan ketidakpuasan hatinya terhadap seorang wanita yang dikatakan cuba menyakiti hati isteri pertamanya iaitu Nurmajdina Jamari.

Difahamkan, individu terbabit sering menjadi ‘penyampai’ dengan melaporkan setiap gerak-geri Abang Tesla ketika keluar bersama isteri keduanya kepada isteri pertamanya yang juga seorang pempengaruh itu.

Oleh yang demikian, Abang Tesla atau nama sebenarnya Khal Iltizam Yusry meminta supaya individu disifatkannya sebagai kurang bijak itu untuk tidak menyibuk dan segera menghentikan perbuatannya.

“Pelik tengok perempuan bodoh yang sibuk perhatikan hidup aku. Aku sudah tidak berkongsi tentang kehidupan keluarga (di media sosial). Tetapi kamu semua sibuk nak tengok hidup aku.

“Sibuklah hantar DM (pesanan secara terus) kepada isteri (pertama) kalau aku keluar berjalan dengan isteri nombor dua. Cukup-cukuplah jadi bodoh, DM isteri beritahu aku pergi sama atau sini.

“Hidup kamu semua sudah bosan sangat ke sampai aku nak pergi mana-mana dengan isteri nombor dua aku pun nak beritahu dekat isteri pertama?,” kesal Abang Tesla dalam satu hantaran di Instagram Story.

Dalam hantaran yang sama, pempengaruh berumur 29 tahun itu turut menjelaskan bahawa Nurmajdina sentiasa dimaklumkan mengenai keberadaannya termasuk ketika keluar bersama isteri kedua.

Menurutnya situasi seperti inilah yang menyebabkannya kurang berkongsi mengenai kehidupan peribadi di sosial media termasuklah tentang anak pertama diperolehinya melalui perkawinan kedua.

“Isteri pertama tahu sahaja ke mana aku pergi. Malah sebelum bawa isteri nombor dua berjalan, aku sudah keluar bersama isteri pertama. Tetapi kamu semua pergi hantar DM supaya dia sakit hati kenapa?

“Aku sudah tak kongsi mengenai kehidupan sebab tak nak kamu semua yang tersakiti ini jadi sakit hati tengok kehidupan aku. Jadi aku cuma berkongsi tentang kerja sahaja di media sosial. Cukup-cukuplah kongsi kebahagian.

“Sampai anak aku juga memang privasikan sebab tak nak orang bodohh cakap bukan-bukan nanti,” kata Abang Tesla yang mula dikenali ramai sejak berkongsi video tentang perjalanan berkahwin kali kedua untuk memiliki zuriat.

Baca juga: “Asalkan saya cari rezeki yang halal” – Fattah Amin tak kisah digelar tauke kambing