Pelombong jumpa berlian terbesar dalam tempoh 300 tahun

Oleh MAISARAH AISYA

Berlian adalah sejenis galian berunsur karbon dengan struktur kristal dan kadangkala harganya boleh mencecah ratusan juta ringgit.

Tekanan dan suhu yang sangat tinggi menghasilkan batuan ini secara semula jadi, 150 km jauh dalam kerak bumi.

Dengan aktiviti gunung berapi sejak beribu tahun lamanya, berlian ini ditolak ke permukaan bumi.

Pelombong di Angola, menemui sebutir berlian warna merah jambu yang dipercayai terbesar dalam tempoh 300 tahun lalu.

Perkara ini dimaklumkan oleh pemilik lombong itu yang berpangkalan di Australia.

Batu permata berukuran 170 karat itu digelar Lulo Rose dan ditemui di lombong Lulo di wilayah timur laut yang kaya dengan berlian di Angola lapor AFP.

Menurut syarikat perlombongan, Lucapa Diamond, dalam satu kenyataan kepada pelabur, ia adalah antara berlian merah jambu terbesar pernah ditemui.

Penemuan ‘bersejarah’ berlian Jenis IIa adalah antara batu semula jadi yang amat jarang ditemui dalam bentuk paling sempurna.

Penemuan ini turut diraikan kerajaan Angola selaku rakan kongsi dalam lombong berkenaan.

Menteri Sumber Mineral Angola, Diamantino Azevedo, berkata penemuan batu permata yang memecah rekod dan menakjubkan dari lombong di Lulo.

ia juga mengukuhkan kedudukan Angola sebagai pemain utama pasaran batu permata global.

Berlian berkenaan akan dijual menerusi tender antarabangsa dan dijangka mencatat harga yang luar biasa.

Walaupun Lulo Rose perlu dipotong dan digilap bagi mencapai potensi sebenar, suatu proses di mana ia mungkin kehilangan 50 peratus berat asal.

Tetapi berlian merah jambu seumpamanya sebelum ini berjaya mencatat harga memecahkan rekod.

Pada 2017, Berlian Pink Star berukuran 59.6 karat dijual dalam lelongan di Hong Kong pada harga AS$71.2 juta (RM318 juta) dan kekal sehingga hari ini sebagai berlian paling mahal pernah dijual.

Baca juga: Pengantin tempah Starbucks di majlis kahwin buat ramai melopong, berhabis RM14,000 untuk 700 cawan kopi