Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Peluang pekerjaan, pelaburan perlu ditambah tingkat ekonomi Acheh
Tgk Jamaluddin Thaib

Peluang pekerjaan, pelaburan perlu ditambah tingkat ekonomi Acheh

MOHD ALI HASHIMFebruary 19, 2020 10:00 am




Peluang pekerjaan dan pelaburan bukan saja amat diperlukan untuk tingkatkan kedudukan ekonomi rakyat, sebaliknya ia dapat meningkatkan taraf hidup rakyat Acheh dan Indonesia amnya.

Demikian dinyatakan oleh Ketua Harian Dewan Pimpinan Pusat, Parti Daerah Acheh, Tgk Jamaluddin Thaib,

Jelasnya, bagi memastikan rakyat dapat hidup dalam penuh kesenangan, maka peluang pekerjaan mesti disediakan oleh pihak pemerintah.

“Sehingga ini, tidak dapat dinafikan masih ramai antara lepasan universiti masih belum mendapat peluang pekerjaan.

“Manakala kos sara hidup semakin meningkat dan rakyat terpaksa berhempas pulas untuk mencari sesuap nasi sejak pagi hingga ke malam.

“Penarik beca juga umpama kais pagi makan pagi, kerana terpaksa bersaing dengan khidmat ‘grab’ yang semakin mencambah, ” ujar beliau.

Sehubungan itu katanya, setiap daerah dan kota di Acheh mesti diwujudkan dan ditambah industri kecil dan sederhana.

Malah tegasnya, dengan adanya perusahaan dan industri kecil tersebut di setiap daerah sehingga ke kawasan kampung ia mampu memberi pulangan yang besar kepada golongan bawahan.

Sejajar dengan itu tambah beliau, reformasi mesti dilaksanakan dengan sebaik mungkin sehingga ke peringkat kampung dan pedalaman supaya taraf hidup dan ekonomi rakyat dapat ditingkatkan.

“Semua pihak harus kurangkan berpolitik dan berusaha semaksima mungkin bagi membela nasib rakyat.

“Sediakan peluang pekerjaan dan wujudkan industri kecil sehingga ke peringkat desa dan pinggiran kota.

“Sekiranya ini dapat dilakukan, maka ia akan memberi peluang dan mandat yang terbaik supaya nasib golongan bawahan terus diberi pembelaan, ” saran beliau ketika ditemui di Banda Acheh.

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Peniaga pisang goreng anggap timbalan menteri “agak kurang sopan”

Bukan setakat 2 kolam, 100 kolam pun Pas sanggup masuk

Annuar sahkan Anwar cukup sokongan jadi PM?

Rakyat Kelantan bina jambatan guna batang kayu, duit kerajaan negeri beli Mercedes Benz

PENDAPAT: PN bercempera pun salah DAP

Terkini

Darurat mesti cepat bukan lambat

Not all politicians are humble, but this one is

Solidariti pemimpin DAP hulur bantuan pasca banjir Pahang

“Yang mana mau ikut, Menteri Kanan atau Menteri Wilayah”

Pemuda Umno edar ayam percuma dikecam, bimbang wujud ‘Kluster Ayam Beku’

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production