Pemandu beca paling sengsara ekoran PKP di Kuala Terengganu

Oleh Oleh WAN ZAHARI SALLEH

Pemandu beca atau lebih dikenali dengan nama ‘teksi’ di Kuala Terengganu adalah pihak yang paling sengsara akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ini kerana, kumpulan ini adalah antara pihak yang paling susah dalam kehidupan harian mereka kerana dalam keadaan biasa pun mereka sememangnya susah.

Apabila PKP dikenakan, sejak bulan Ramadhan yang lalu ada antara mereka tidak mendapat satu sen pun kerana tidak ada penumpang yang mahu menggunakan teksi mereka.

“Lepas raya ning, takda seorang pun lagi penumpang,” kata Pak Wahab, salah seorang pemandu teksi atau beca di Pasar Payang, Kuala Terengganu.

Tinjauan Malaysia Dateline bersama Pengerusi AMANAH Terengganu Datuk Raja Bahrin Shah di Kuala Terengganu hari ini mendapati, mereka hanya bergantung kepada sumbangan derma dari orang ramai untuk meneruskan kehidupan mereka.

Dahulu, ketika kerajaan Barisan Nasional pimpinan Datuk Seri Razif menjadi Menteri Besar Terengganu, mereka mendapat sumbangan tetap RM200 sebulan dari kerajaan negeri.

“Tetapi sejak kerajaan hok ni memerintah, dok boleh sekali pun. Habis potong,” kata pemandu teksi itu merujuk kepada kerajaan Pas di bawah pimpinan Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar.

Menurut mereka, sumbangan hari raya yang mereka perolehi sebelum ini juga tidak lagi diperolehi tahun ini.

Dulu, ada lebih 500 beca yang berdaftar di Kuala Terengganu tetapi kini tinggal hanya 20 buah sahaja yang masih beroperasi.

Klik untuk ikuti video mengenainya hasil tinjauan WAN ZAHARI SALLEH di Kuala Terengganu hari ini.