Malaysia Dateline

Pemandu lori penyebab dua rentung dalam kejadian kereta terbakar, sudah ditahan

Seorang pemandu lori yang menjadi punca dua mangsa rentung dalam kejadian kereta terbakar di Sedenak, telah ditahan selama empat hari hingga Khamis ini.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow, berkata lelaki tempatan berusia 38 tahun itu direman bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Seorang mangsa yang maut merupakan penumpang Proton Wira yang dikenali sebagai Nur Nazihah Kamalul Arifin, 28.

Bagaimanapun lapor BH, identiti mangsa kedua yang maut terbakar dalam kemalangan berkenaan belum dapat disahkan, setakat ini.

Dalam pada itu difahamkan, pihak polis telah memanggil empat individu yang terlibat bagi memberikan keterangan.

Dalam kemalangan ngeri yang membabitkan dua lori dan tiga kereta tempoh hari itu telah menyebabkan tiga kenderaan terbakar sehingga 90 peratus dan dua maut di lokasi kejadian.

Baca juga: Ibu bapa, warga pendidik sokong petisyen tuntut keadilan untuk Cikgu Fadli Salleh

Baca juga: Ajak dia yang menyalak ‘bersembang’? Ini 5 tips berdepan anjing yang cuba ‘sakat’ anda di jalanan