Pemandu lori selamba buang sampah di sungai sudah ditahan

Oleh KIM SYAZIE

Sejak semalam kecoh di media sosial satu video video memaparkan seorang pemandu lori berhenti di sebuah jambatan dan membuang bungkusan sampah ke dalam sungai dipercayai di Sungai Wak Rabun, Pontian.

Selepas mendapat perhatian meluas dari Ketua Polis Johor, pihak berkuasa telah memulakan penyiasatan yang kemudian berjaya menahan seorang lelaki tempatan berusia 52 tahun.

Difahamkan, suspek mendapat bayaran daripada kerja mengutip sampah dari kilang dan tempat pembuangan sampah.

Sampah dikutip sepatutnya dibuang di tempat khas, namun suspek bertindak mengambil jalan mudah.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat, berkata, mereka mengambil masa hingga lima jam dalam usaha mengesan mangsa kerana mangsa tiada di rumahnya. Namun, mangsa beraya ditahan di bandar Pontian kira-kira jam 7 malam tadi.

Ujian saringan awal air kencing mendapati suspek negatif dadah, namun semakan mendapati dia mempunyai banyak rekod lampau berkaitan dadah dan jenayah, katanya.

Sementara itu Kamarul Zaman berkata, suspek kemudian dibebaskan dengan jaminan polis selepas dirakam percakapan dan diambil tindakan kompaun mengikut Rule 52 LN 166/59 selainmemandu tanpa lesen GDL.

“Apabila berjaya ditemui dan ditahan, kita membawa suspek ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pontian dan menjalankan pemeriksaan serta siasatan.

“Perbuatan itu (membuang sampah dari kenderaan) adalah satu kesalahan yang boleh dikenakan saman atau kompaun sehingga RM2,000,” jelasnya.

Difahamkan, lori milik suspek itu dihantar Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) untuk pemeriksaan lanjut.

Selain itu, beliau berkata, polis turut bekerjasama dengan pentadbir sungai di Johor iaitu Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) yang turut menjalankan siasatan mengikut peruntukan undang-undang mereka.

“SWCorp juga akan siasat, kita sudah bincang dengan mereka, SWCorp juga akan ambil tindakan dan mengenakan kompaun sehingga maksimum RM10,000,” katanya.

Mengulas lanjut, Kamarul Zaman berkata, suspek mendapat bayaran daripada kerja mengutip sampah dari kilang dan tempat pembuangan sampah dan sampah dikutip sepatutnya dibuang di tempat khas, namun suspek bertindak mengambil jalan mudah.

“Kita sudah tahan suspek dan nasihat, dia juga berjanji tidak akan mengulangi perbuatannya itu. Mungkin sebelum ini dia buat, orang tidak nampak,” katanya.

Baca juga: Roti canai Malaysia diundi makanan jalanan paling sedap di dunia, kalah pisang goreng

Baca juga: Harapan telah laksana sebahagian besar manifesto PRU, tak perlu guna modal basi ‘derita 22 bulan’