Pemandu Mercedes ber’IQ’ rendah, kajian buktikan jangan nilai pada harta

Oleh KIM SYAZIE

Sebuah laman web terkemuka di United Kingdom telah menjalankan satu kajian bagi menyiasat hubungkait antara jenama kenderaan dengan kecerdasan pemandu.

Percaya atau tidak, hasil menunjukkan kemampuan intelektual pemandu kenderaan mewah, Mercedes berada di kedudukan tiga terendah.

Kajian tersebut mendapati, purata darjah kecerdasan otak (IQ) di kalangan pemandu kereta kayangan itu mendapat markah 91.68 iaitu nilai kedua terendah.

Pemandu kenderaan buatan Republik Czech, Skoda menduduki tempat teratas dengan markah 99 diikut rapat oleh pemilik kenderaan Suzuki (98.09).

Kaji selidik yang dijalankan oleh Scrap Car Comparison itu turut membuat pendedahan bahawa pemilik kenderaan berpetrol lebih pintar berbanding pemilik kenderaan elektrik (EV).

Kagum dengan hasil tersebut, pengkaji turut membagikan pemilik kereta mengikut warna bagi menguji tahap IQ berdasarkan pemilihan fizikal kereta.

Hasilnya, pemilik kenderaan bewarna putih mengungguli tempat pertama manakala tempat terakhir diduduki oleh pemandu kereta hijau dengan IQ 88.43.

Ujikaji tersebut hanya melibatkan pemandu kereta yang berasal dari Britain dengan jumlah lebih daripada 2,000 orang respondan.

Oleh yang demikian, pemandu Mercedes di Malaysia tidak perlu khuatir akan tahap kecerdasan mereka dengan dapatan kajian tersebut.

Namun begitu, uji kaji kecerdasan itu amat releven untuk turut dijalankan dalam kalangan pemandu Malaysia terutamanya pemilik ‘King’ atau Perodua Myvi.

Baca juga: Menyayat hati, tulang belakang gajah bengkok sebab banyak angkut pelancong